Highlights of the Month

2 comments
Knowledge is Empowering

1. Ana dh sampai di Miri!!!!!!!!

2. InsyaAllah, zaman foundation/zaman matrix telah pun tamat jika tiada masalah dengan result klak. Harapan untuk mendapat Dean List mmg agak tipis dengan usaha yang memang amat kurang sekali pada semester ini. "Next sem kena berubah ni" *Sesiapa yang kenal ana, mmg ayat ni la yang diulang-ulang, dan diulang-ulang lagi , kononnya untuk memberi semangat untuk berubah pada diri.=P*

3. Flashgun/Flashy/Cobra/Sony HVL-58am telah pun dimiliki!=D

4. Lebih kurang RM1500 telah dibelanjakan untuk bulan ini sahaja.haha

5. Dale Carnegie Traning memang berkesan! ^^v

6. Cuti kali ini bukan untuk disia-siakan.

7. Ana baru belajar kepentingan planning. Selalunya, ana buat apa yang ana suka, kali ni kena plan dahulu, apa yang nk kita capai, bagaimana nk capai & mencapai pencapaian yang telah di'plan' untuk dicapai.

8. Objektif cuti sem kali ini adalah untuk memperoleh ilmu,ilmu dan ilmu. x kira ilmu duniawi mahupun ukhrawi.* syukran pada seorang sahabat yg telah bertanya semalam, ana telah pun memperoleh ilmu baru untuk dalil sesuatu hukum.=D*

9. Peluang untuk fotoshoot wedding telah pun tercapai! =D

10. Ana akan balik awal 3 minggu sekali lagi. So, cuti x sampai sebulan pun lagi dari sekarang.

11. Mk tido. Esok sambung gik...haha

Ibadah Qurban

5 comments
Qurban
*Ustaz Dawi Cahyono*

Fye dan Lembu
*Fye dan Kaki Lembu*

Saya dan Lembu
*Ana dan Lembu*

Hujan renyai-renyai turun membasahi bumi UTP pagi tadi. Suara sayu Sang Lembu kedengaran jelas kedengaran di pagi yang dingin-dingin sejuk ini. Inilah kali pertama nya juga ana melihat sendiri Ibadah Qurban dijalankan di depan mata sendiri. Selalunya, tv yang menjadi tatapan ana melihat lembu-lembu ini disembelih untuk dikorbankan. Kali ini, ana betul-betul menyaksikan Ustaz Dawi membuat sembelihan. Bunyi Sang Lembu mengaum *mengaum? Ya mengaum. x kn menge'moooo' plak* melepaskan nafas terakhir tadi betul-betul memberi kesan pada ana. Kematian itu memang sakit. Perit sekali. Tika itu, terpisahlah roh dari jasadnya. Roh sudah tiada, hanya jasad yang terbujur kaku.

Termuhasabah diri berfikir, bila tiba saya akan mengaum nanti, *mengaum di sini bermaksud melepaskan nafas terakhir* bersediakah diri ini? Dah sedia ke nk berjumpa malaikat Izrail? Dah sedia ke nak jumpa Rasulullah? Dh sedia ke nak berhadapan dengan Allah S.W.T? Sama-sama kita check balik, muhasabah.

"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Dan hanya pada
hari kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barang siapa
dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga,
sungguh, dia memperoleh kemenangan. Kehidupan Dunia
hanyalah kesenangan yang memperdaya."
(Ali Imran, Ayat ke-3)

Salam Aidiladha

5 comments
Inilah pertama kalinya ana tidak pulang ke pangkuan keluarga untuk meraikan Aidiladha. Memandangkan final exam yang belum berakhir menjadi batu penghalang, x dapat la nak balik makan rendang mak. Rendang kafe Anjung Rawa jua yang menjadi santapan tadi. InsyaAllah, nex week ana akan balik Miri akhirnya.=D

Seterusnya, beberapa keping gambar di pagi Aidiladha untuk tatapan semua. =D

Aidiladha Khutbah
*Ustaz Rahmat*

Di Pagi Aidiladha
*Fahmi dan Azam*



Ini Fadhli

Ini Fadhli
*Fadhli, kawan seusrah ana*





p/s : Terasa seperti kt negeri arab tadi masjid apabila semua student2 international berkumpul. Mengalahkan jumlah pelajar tempatan. Nampak erat sekali ukhuwwah yang terjalin antara mereka tadi selesai khutbah Aidiladha.

p/s 2: Ana x dpt nk upload beberapa gambar kt flickr, insyaAllah nanti akan ada lagi.

p/s 3: Ketahuilah hari ini bukan hari pengorbanan yang biasa. Ia luar dari biasa dari yang biasa-biasa.



Ict-Bis Fotoshoot Part-2

4 comments
Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah...


Paper 'Principle of Economics - SBF 0034' yang 'ditunggu-tunggu' selama ini oleh budak2 ict dan bis telah pun tamat secara official pada jam 12.10 tengah hari tadi di Chansellor Hall yang teramat-amat sejuk tadi memandangkan kedudukan ana yang berada di meja hadapan yang berhadapan dengan air-cond secara direct. Memang menggeletar tubuh dibuatnya membuatkan otak ni agak beku mencari solusi tadi(alasan semata-mata..xP). Susah ke senang paper, ana redha je dengan keputusannya nanti. Bertawakkal lh kamu kepada Allah setelah segala usaha yang telah dilakukan, Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat kamu. =D

More pictures of Ict-Bis Fotoshoot below

ICT-BIS FotoShoot


ICT-BIS FotoShoot
*Aisyah+Kamarul+Hasanah*

ICT-BIS FotoShoot
*Yan+Kam+Deva*

Ict-Bis Fotoshoot Part-1

7 comments
Disebabkan tekanan yang dihadapi ketika revision subjek Econs, ana pun mengedit beberapa gambar untuk mengatasi masalah ini. =D

ICT-BIS FotoShoot
*ICT + BIS*

ICT-BIS FotoShoot
*Kawan2 BIS*

ICT-BIS FotoShoot
*Kawan2 ICT*

p/s: Zaman Foundation kian melabuhkan tirai sudah...

Hari Ini

0 comments
Hari ana memang agak memenatkan bagi ana. Dari pagi tadi sampai ke petang ana jadi fotographer. Namun, dengan kepenatan inilah adanya suatu hasil yang dapat melonjakkan diri satu tapak lebih maju ke hadapan. Ana yakin, tiada kemajuan akan berlaku jika tiada usaha memenatkan diri untuk mencari ilmu ni. Jadi, nak maju, nak berjaya, usaha itu kenalah ada.

Untuk event pada awal pagi, ana ade fotoshoot session untuk budak-budak course ana kat Chansellor Complex. Dari sini, ana belajar cara-cara camne nak handle group fotoshoot untuk jumlah yang agak besar. Macam senang, tapi, skill kena ade camne nk susun, camne nk buat formasi, camne nk kawal crowd yang ramai.

ICT-BIS FotoShoot

*Kamarul dan Aris*


Habis je fotoshoot session, ana kena gi ke LH1 selaku unit perhubungan LSD untuk meraikan sahabat-sahabat dari Rakan Masjid USM Kubang Kerian. Ana memang kagum dengan mereka! Nak kte hebat x hebat mereka ni, aktiviti-aktiviti yang dijalankan memang banyak sekali, walhal Rakan Masjid USM x sampai setahun pun ditubuhkan. Banyak perkongsian, pertukaran ilmu, dan idea-idea yang diperoleh semasa sharing session dilakukan. Ana juga sempat mengaplikasi ilmu yang ana peroleh semasa mengikuti 'Dale Carnegie Training' di NilaiUC MOHE Future Leaders Camp hari tu. Alhamdulillah, memang berkesan! InsyaAllah nanti, ana akan buat post khas tentang kem tu.

UTP + USM
*RM UTP + RM USM*


p/s: Banyak gambar x diedit lagi disebabkan final exam yang memang dekat sangat2. doakan ana ye =D
p/s 2: Melepas le ana nk gi lawatan uia, lawatan tu akan dibuat mse cuti sem,27/12 kalau x silap. =(

Ujian & Kejayaan

3 comments
KENAPA AKU DIUJI?
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan (saja) hanya dengan mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia pasti mengetahui orang-orang yang dusta”.
(Surat Al-Ankabut:2-3)

KENAPA AKU TIDAK MENDAPATKAN APA DIIDAM-IDAMKAN?

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”. Surah al Baqarah:216, al Quranul Karim

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya”. (Surah al Baqarah:286)

BAGAIMANA BERHADAPAN RASA LEMAH?
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman”. surah al Imran:139, al Quranul Karim

SUNGGUH, AKU TIDAK TAHAN LAGI!
“Dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan orang-orang yang kafir”.
(surah Yusuf:87)

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPI PERSOALAN HIDUP ?
“Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung”.
(surah al Imran:200)

APAKAH JALAN PENYELESAIAN TERBAIK?

”Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk, (iaitu) mereka yang yakin, bahawa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahwa mereka akan kembali kepada-Nya”. surah al Baqarah:45-46, al Quranul Karim

SIAPA YANG AKAN MENOLONG DAN MELINDUNGIKU?

“Cukuplah Allah (menjadi penolong) bagi kami dan Dia sebaik-baik pelindung”.
(
surah Ali Imran:173)

KEPADA SIAPA HARUS AKU BERHARAP?
“Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Ilah selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal, dan Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘Arsy (singgasana) yang agung”. (surah at Taubah:129)

APAKAH HIKMAH DARI CUBAAN INI?

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka”.
(surah at Taubah:111)


*Sekadar perkongsian yang ana dapat dari emel dari seorang sahabat*

_______________________________________________________________


Fishing
*Teguh Berusaha Demi Kehidupan*

Minggu ni memang teruji sekali rasanya kemampuan diri ini. Sarat sekali jadual ana dengan test2 dan quiz yg berlambak , dan terus ditambah lagi dugaan dengan tarikh luput untuk menghantar projek IBIS dan Economics yang cukup memeningkan kepala minda ini.*asal perkataan kepala minda ini berasal dri ustaz ana.haha.nk tahu camne blh terhasilnya perkataan tu,blh tnye kt ana personally.haha* Tak cukup dgn kerja2 akademik sahaja, bebanan tadi ditambah lagi dengan kerja2 event yg ana sertai*Kembara Sufi 8* dan terus ditambah lagi dengan kerja-kerja dari JPSP.

Tetapi, Alhamdulillah, Allah s.w.t permudahkan jalan ana, Allah ringan kn beban ini dengan dengan idea yang mencurah-curah masuk sebagai solusi kepada masalah ana ni. Syukur, ana dapat selesaikan akhirnya masalah-masalah ini dengan berjaya. Nikmat sekali kejayaan itu. =D

p/s: Ana akan bertolak ke Nilai untuk ' MOHE Future Leader Camp" x lme lgi. around pukul 4 pagi. Mengantuknya nak tunggu....