Masa-Part 2

Alhamdulillah, malam ni ana masih dapat menaip, makan mee goreng yang sedap tadi, dh le kena belanja Bro Majid tadi. Thx Bro! Bagaimana pula agaknya kalau pada suatu hari nanti tiba-tiba Allah tarik semua nikmat yang kita ada sekarang? Badan kita yang sihat walafiat pada masa dahulu kini sudah lumpuh dan tidak boleh bergerak. Nak makan mee goreng pun dah tak larat. Nikmat kekayaan dan kesenangan yang Allah berikan kini sudah tiada. Allah S.W.T. gantikan dengan kesusahan dan kepayahan.

Ana nak refer balik pada kata-kata Hujjatul Islam Imam Ghazali yang ana letak kt post Masa-Part 1.

'Dia ditimpa penyakit dan diragut maut secara tiba-tiba, akhirnya dia tidak mempunyai peluang lagi untuk menghapuskan dosa dan kesan dosanya'

Apa yang Imam Ghazali nak sampaikan sebenarnya adalah tentang masa. Maut pasti akan menjemput kita suatu hari nanti dan ia adalah pasti. Sebab itu lh Imam Ghazali mengatakan 'diragut maut secara tiba-tiba' kerana kita pasti tidak akan tahu sampai bila-bila pun tarikh dan saat Izrail datang menjemput.Ianya secara tiba-tiba.

Manusia sering menyangka bahawa dia masih akan hidup lagi esok hari, dan hari-hari yang seterusnya sehingga hari tua baru nak bertaubat. Tapi Imam Ghazali sambung lagi 'akhirnya dia tidak mempunyai peluang lagi untuk menghapuskan dosa dan kesan dosanya'.

Akibat tangguh punya tangguh hingga nak bertaubat pun tak sempat dh. maka NERAKA pasti akan menjadi habuannya di akhirat kelak. Masa tu semua pasti sesal dengan perbuatan nya. Namun sesalan hanya lh tinggal sesalan.


"Pada hari(ketika) wajah mereka dibolak-balikkan dalam neraka, mereka berkata, "Wahai, kiranya dahulu kami taat kepada Allah dan taat(pula) kepada Rasul"
(Al-Ahzab,ayat 66)


Dahulu hanya tinggal kenangan sudah.





0 comments :: Masa-Part 2