Secebis Peringatan

Kenapa agaknya ana menamakan blog ana 'Secebis Peringatan'?

Lengkap Melengkapi.

Itulah jawapannya.


Kita selalu alpa dengan nikmat Allah.

Kadang-kadang, nikmat Allah itu kita salahgunakan.
Kadang-kadang, nikmat Allah itu kita dustakan.
Kadang-kadang, nikmat Allah itu kita bazirkan.
Kadang-kadang, nikmat Allah itu kita sia-siakan.


Kita banyak buat salah. Kita banyak buat silap. Kita banyak buat dosa. Kita banyak buat maksiat. Kita bukanlah seorang yang 'perfect' atau sempurna.

Ana nak refer balik dengan sepotong ayat al-Quran yang ana post dulu.


Dan(sebaliknya) orang yang sangat celaka akan menjauhinya (ajaran al-Quran), Dialah orang yang akan menderita bakaran neraka yang amat besar(azab seksanya), Selain daripada itu, ia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup"

(al-A'la: 11-13)


Dari ayat diatas, Allah S.W.T. telah mengingati manusia bahawa sesiapa pun yang menjauhi ajaran al-Quran,dalam erti kata lain dia telah pun mengambil tindakan untuk tidak mempedulikan langsung perintah-perintah dan larangan-larangan Allah S.W.T. maka golongan sepert ini pasti akan menderita di neraka akhirat dengan seazab-azabnya sebab itulah jalan yang telah meraka pilih.


Kadang-kadang kita tengok sahabat kita buat salah,buat maksiat. Sanggupkah kita biarkan dia? Membiarkan dia tenggelam dalam lautan dosa begitu sahaja dengan maksiat yang dibuatnya.


Ana sendiri akui yang ana ni jenis yang kadang-kadang berat sekali nak bagi nasihat kalau ana lihat sahabat ana buat salah. Ana khuatir nanti kata-kata ana akan menghiris hatinya. Dia akan menyisihkan ana nanti. Dia herdik ana balik.


Tapi, ana fikir balik. Kalau ana tak tegur,redha kah Allah S.W.T dengan tindakan ana yang semata-mata nak menjaga redha manusia?

Redha Allah atau Redha Manusia yang lebih kita
UTAMAKAN?


Ana sendiri bukanlah seorang yang sempurna untuk menegur kesilapan orang lain, tapi ia adalah amanah dari Allah S.W.T kepada kita yang bergelar Muslim. Dan ana sedar, amanah itu bukanlah untuk dimain-mainkan.

Ana buat blog ni dengan harapan untuk memberi suatu kesedaran pada diri ana sendiri dan para sahabat supaya kita sedar balik, apakah matlamat hidup ini? Kenapa kita diciptakan sebenarnya? Beringat-ingatlah kita selalu dengan sahabat-sahabat kita walau secebis pun.


"Sesungguhnya Allah memandang pada usaha kita, bukannya kejayaan kita"

0 comments :: Secebis Peringatan