Nikmat dan Amal

Masjid An-Nur
*Antara hasil-hasil terbaru dari ana.=P*

Alhamdulillah.
Indah sekali lafaz itu. Lafaz yang membuktikan tanda betapa syukurnya kita pada Ilahi dengan nikmat yang kita ada. Dan alhamdulillah, pagi ini ana masih dapat lagi mencoretkan secebis peringatan buat semua.

Bercakap tentang nikmat, ana nk sentuh sedikit mengenai nikmat terbesar yang masih dapat kita rasai, namun sering kita abaikan iaitu, yakni nikmat Iman dan Islam dan itu sendiri. Nk cerita hebat tak hebat nikmat Islam ni, ana nk bagi satu analogi yang cukup ringkas.

Bila kita sayang sesuatu, tak kira objek,haiwan,pokok or manusia, ana yakin sekali pasti kita akan cuba untuk melindunginya, kita jaganya sebaik mungkin, kita bagi sepenuh kasih sayang padanya. Kita tak nak ia cedera, tak nak ia terluka,tak nak ia sakit. Sebab apa, sebab CINTA yang telah kita letakkan padanya!

Siang dan malam silih berganti,hari berganti bulan, bulan berganti tahun. Cinta yang telah kita letakkan tadi mula pudar. Kita mula untuk mengabaikannya,membiarkannya keseorangan, tiada sekelumit kasih pun yang kita letakkan padanya sudah. Kita rasa bahagia, tiada komitmen yang perlu kita bagi lagi.

Suatu hari, ia meninggalkan kita. Meninggalkan kita buat selamanya.
Tiada, hilang, senyap dan lenyap.

Tika itu, baru lh terasa akan kehilangannya. Kita mula terkenang-kenang saat bersamanya, teringat dengan rupanya, teringat akan suaranya. Selama ini, ia sentiasa bersama kita sehinggakan kita tidak tahu menghargai kehadirannya. Itu lh sifat manusia, sesuatu yang ada kita abaikan, apabila ia hilang bagai nk rak tercari-cari.

Begitu juga dengan ISLAM, apabila Islam hanya ada pada nama, tetapi tidak DIAMAL dalam kehidupan. Bagaimana kalau suatu hari nanti Allah s.w.t tarik nikmat Islam dari diri kita? Allah biarkan kita dalam kekafiran. Nauzubillah!

Sama-sama kita muhasabah diri, beramalkah kita dengan Islam selama ini?
Atau kita yang menentang Islam?

"Wahai orang-orang yang beriman! Maukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (Yaitu) kamu beriman di jalan Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui."(As-Saff, ayat 9-10)

p/s: MedTech Raya Fiesta 2009 is coming soon..=D

0 comments :: Nikmat dan Amal