Ibadah Qurban

Qurban
*Ustaz Dawi Cahyono*

Fye dan Lembu
*Fye dan Kaki Lembu*

Saya dan Lembu
*Ana dan Lembu*

Hujan renyai-renyai turun membasahi bumi UTP pagi tadi. Suara sayu Sang Lembu kedengaran jelas kedengaran di pagi yang dingin-dingin sejuk ini. Inilah kali pertama nya juga ana melihat sendiri Ibadah Qurban dijalankan di depan mata sendiri. Selalunya, tv yang menjadi tatapan ana melihat lembu-lembu ini disembelih untuk dikorbankan. Kali ini, ana betul-betul menyaksikan Ustaz Dawi membuat sembelihan. Bunyi Sang Lembu mengaum *mengaum? Ya mengaum. x kn menge'moooo' plak* melepaskan nafas terakhir tadi betul-betul memberi kesan pada ana. Kematian itu memang sakit. Perit sekali. Tika itu, terpisahlah roh dari jasadnya. Roh sudah tiada, hanya jasad yang terbujur kaku.

Termuhasabah diri berfikir, bila tiba saya akan mengaum nanti, *mengaum di sini bermaksud melepaskan nafas terakhir* bersediakah diri ini? Dah sedia ke nk berjumpa malaikat Izrail? Dah sedia ke nak jumpa Rasulullah? Dh sedia ke nak berhadapan dengan Allah S.W.T? Sama-sama kita check balik, muhasabah.

"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Dan hanya pada
hari kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barang siapa
dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga,
sungguh, dia memperoleh kemenangan. Kehidupan Dunia
hanyalah kesenangan yang memperdaya."
(Ali Imran, Ayat ke-3)

5 comments :: Ibadah Qurban

  1. info tentang kebaikan cara sembelih Islam kat sini - Kelebihan Menyembelih Binatang

  2. This comment has been removed by the author.
  3. gambar ustaz dawi cantik ;)
    takutnya kalo fikir tentang mati. hurmmm.

    p/s: gamba lain pon cantik jugak! :)

  4. best nye tgok wan pny pics
    hurm
    agak2, ble la aku nak masok lam blog wan ni~

  5. armouris: syukram for the info.mmg bermanfaat!

    yan: Thx!=D
    Setiap yg bernyawa pasti akan mati,
    sebab itu persediaan untuk menempah
    ke alam yg seterusnya kena ade.
    Takut mmg takut, tapi ketakutan
    itulah yg mendorong amal kita sebenarnya.=)

    faiz:thx also! nk msk lam blog ni gak ke?? haha.. suatu hari nanti kot.=D