“Barangsiapa yang telah merasa sanggup (mampu) untuk berumahtangga, maka hendaklah ia bernikah. Sesungguhnya nikah itu lebih melindungi penglihatan dan lebih memelihara kehormatan. Dan sesiapa yang belum sanggup (mampu), hendaklah dia berpuasa, kerana puasa itu dapat mengurangkan nafsu syahwat.”
(Hadith Riwayat Bukhari)
"Sesiapa yang berkahwin sesungguhnya ia telah menyempurnakan separuh dari agamanya,
maka bertakwalah ia pada separuh yang lain"
(Hadith Riwayat Al-Tabrani Fil-Ausath)
Adakah tajuk diatas menyatakan bahawa diri ini sudah berkahwin?
Ya, jawapan anda salah. =P
Impian yang disimpan buat sekalian lama telah pun tercapai. Hajat untuk buat wedding fotografi telah pun terlaksana pada minggu lepas. Baru ana tahu, nk jadi seorang wedding fotografer yg professional bukanlah sesuatu yang mudah. Ditambah lagi inilah pertama kalinya ana fotoshoot wedding, perasaan 'nervous' memang ada ketika itu. Mungkin tampak senang selama ini fotografer2 mengambil gambar, namun, untuk menghasilkan gambar yang betul-betul berkualiti, memenuhi citarasa 'client' dan untuk memberi impak ummmphhh pada gambar bukanlah sesuatu yang mudah. Walaupun banyak kesilapan yang ana lakukan ketika fotoshoot dilakukan, pengalaman untuk fotoshoot buat pertama kalinya memang berharga! =D
Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada pasangan Khalid dan Mazlina, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. =D
p/s: Memang tebal sekali muka ana ketika fotoshoot kedua-dua pengantin tersebut memandangkan ana x dijemput pun utk fotoshoot.=P
p/s 2: Besnya kalau dh kawen eh. xD
"Besnya kalau dh kawen eh..."
hehehe..
wan j0m kawen..
;D
Kamarul Asraf
December 12, 2009 at 12:55 AMkamarul: jejom!=P tapi, x nk r kawen dgn kam, dh le 3 org, payah nk jaga nanti.xP
hahahaha
Mohd Ridhwan bin Abdul Rahim
December 12, 2009 at 6:37 AM