Soaring The Eagle Part 2

Getaran fire alarm yang baru sahaja berbunyi pada jam 4 pagi tadi telah mengejutkan saya bangun lebih awal dari kebiasaanya. 'Memang indah sekali alunan melodi alarm yang berbunyi itu'. haha. Sebenarnya, fire alarm yang berbunyi tadi adalah untuk latihan fire drill bagi semua freshie2 atau budak-budak baru. Entah kenapa, tempat kediaman saya pun terkena sekali dengan tempiasnya.

Apa-apa pun, berbalik pada tajuk di atas. Nak kongsi secebis ilmu yang telah diperoleh semasa STE. Pernah x suatu ketika itu, kita rasakan bahawa kita ni lemah, x mampu untuk berjaya, x mampu untuk menang?

Saya yakin dan pasti, semua orang pernah melalui saat ini. Saat kegagalan. Kita merasakan kita dah cuba sehabis baik,dah buat sehabis mungkin, dan kita gagal. Kecewa?

Ya, memang kecewa. Kecewa yang teramat. Dan akhirnya
kita membuat keputusan kita ni lemah, x mampu dah nak bersaing dengan yang lebih hebat, x mungkin akan berjaya, pasti kalah jua klak.

Anda nampak x apa yang telah anda lakukan?

Anda telah membuat satu
'self-image' pada diri sendiri. Self-image adalah tanggapan anda pada diri sendiri. Dan pada saat ini, self image anda memang negatif pada diri sendiri. " X mungkin aku boleh berjaya, dia pandai lagi, aku x layak, aku ni pemalas, aku ni x baik, dia tu memang sempurna dan lain-lain", semua kata-kata ni berlegar-legar di ruang otak.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Ar-Ra'd, ayat 11)


Hakikatnya, itu hanyalah apa yang anda rasakan. Walhal, anda boleh mengubahnya pada realitinya. Berubah kearah lebih baik. Sering berlaku satu situasi di mana orang-orang sekeliling merasakan dirinya x cukup baik, x alim, x layak berkawan dengan orang-orang yang baik dan menjadikannya suatu alasan untuk tidak berbuat amal.

Persoalannya, sampai bila anda hendak berada di takuk itu?

Tepuk dada, tanya diri, apakah matlamat anda hidup sebenarnya? Apa matlamat sebenar-benar matlamat hidup anda? Apa yang anda hendak capai sebelum berangkat ke alam barzakh?

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu"(az-Zariyat: 56)

Kesimpulannya, pastikan self-image anda sentiasa positif.
"Aku Boleh, Aku nak Berjaya,Aku nak jadi Yang Terbaik!"

p/s: Ini cuma sebahagian, dan ini adalah yang paling
basic. Ada lagi lima komponen, "Belief, Desire, Discipline, Competency dan Situational". Nak tahu boleh lh la jmpa ana personally.ahak.

p/s 2: Memang bes jadi faci! =D



0 comments :: Soaring The Eagle Part 2