Soaring The Eagle

Fuhhh,Alhamdulillah, akhirnya ada pun peluang nk mengupdate blog. Beberapa hari lepas merupakan hari yang sibuk sekali, sibuk dengan persediaan untuk Minggu Aluan Siswa(MAS) ataupun sinonim dengan nama minggu orentasi bagi pelajar-pelajar baru memandangkan saya adalah salah seorang daripada media facilitator.

Berbalik kepada tajuk di atas, seperti yang telah dijanjikan, ini adalah post khas untuk program soaring the eagle(STE). Ramai dah yang request untuk gambar-gambar untuk semasa STE hari tu. Tapi, masa memang mencemburui diri ini.Sebab tu lambat sket update. ahak

Buat masa ni, cuma gambar-gambar STE yang akan diupdate, input-input daripada program STE akan diupdate kemudian.

Enjoy the pic!

ste5

ste10

ste8


ste6

ste4

ste2

ste7

ste3

ste9

ste1

Sedikit perkongsian, walau apa2 pun yang kita lakukan,apa yang kita buat,apa yang kita kerjakan sentiasa ikhlaskan niat.Ikhlaskan niat kita. Setiap amal itu bermula dengan niat. Maka apa yang kita niatkan, itulah yang kita dapat. Sebagai contoh, jika belajar untuk menjadi kaya. Kekayaan itu yang akan kita dapat. Jika, kita belajar untuk lulus dalam ujian. Kelulusan dalam ujian yang kita akan peroleh. Jika kita belajar untuk menunjuk-nunjuk kita ni pandai sangat, itulah yang kita dapat. Tapi jika kita belajar untuk berjihad di jalan Allah,untuk menegakkan Islam, untuk mengejar redha Allah, redha Allah yang akan kita peroleh.InsyaAllah. Sesungguhnya keredhaan Allah itu lah matlamat yang sebenar, sebenar-benar matlamat bagi seorang yang bergelar Muslim.

Soal kejelasan niat dalam sesuatu tindakan adalah rukun utama bagi segala gerak kerja. Setelah akidah seseorang itu selamat dan sejahtera, Islam meletakkan syarat utama bagi setiap amalannya pula adalah niat yang betul. Nabi s.a.w bersabda: “Setiap amalan itu hanyalah berdasarkan niat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

p/s: Banyak lagi gambar STE ni, hampir nk 3GB size file gambar STE. X larat nk upload semua. Kalau nk gambar selebihnya, boleh la dtg melawat kt bilik v1B-121.ahak

p/s: Nk bli prime lens or Telephoto?

5 comments :: Soaring The Eagle

  1. haha. beli jak prime lens ya dolok.
    ya murah bah. hehe.
    tele beli nok up terus pun. :)

  2. haha. pi tele pun bes jwk.xD

  3. mana gambar i???

  4. otw winsin..still buzy with MAS now.later, more photos will be added. stay tune!

  5. okie wokie