Terus Berlari dan Berlari

This is Syahmi

Tahun Hijrah 1431 telah pun tiba ,Tahun 2010 pun baru saja bermula. Kalau anda sedari, seakan-akan masa itu begitu cepat berlari meninggalkan kita. Cepat sekali sehinggakan tidak terkejar rasanya dengan gelombang arus masa yang begitu laju ini. Sebab apa ana katakan sehinggakan tidak terkejar, sebab memang banyak sekali kelemahan ataupun flaws yang ana notice pada diri ni. Namun begitu, Alhamdulillah, Allah S.W.T tunjukkan jalan, daripada kelemahan-kelemahan inilah ana belajar, ana selidik kembali, mengapa, kenapa, bagaimana, sebab apa kelemahan-kelemahan ini wujud .Tahun 2009/Tahun hijrah 1430 memang banyak meninggalkan kenangan buat ana.

Merujuk kepada gambar diatas*thx syahmi menjadi model =P*, reminiscing ataupun dalam bahasa melayu membawa maksud mengimbau kembali ataupun flashback. Ana ingin recapped kembali apa yang terjadi sepanjang 2009/1430h.

Milestone sepanjang tahun2009/1430h
*Tidak disusun mengikut kronologi*

1. Menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Petronas(UTP) dengan biasiswa daripada Petronas dan ana mengambil keputusan untuk menerimanya walaupun hajat untuk belajar di UIA sudah lama tersimpan sejak dari bangku sekolah lagi.

2. Shortlisted menjadi Multimedia Creative Department committee MedTech. Alhamdulillah.

3. Menyertai Event Ramadhan Discovery sebagai salah seorang committee Business Department. Pengalaman yang tidak mungkin diperoleh di mana-mana sebab ana dan sahabat-sahabat lain yang berniaga pernah disoal siasat Jabatan Agama Islam Perak(JAIS) secara mengejut. Memang nervous sekali pada masa tu. Nak tahu lebih, boleh tanya ana personally. =D

4. Ditaklifkan sebagai Ketua Unit Perhubungan,Lajnah Strategi Dakwah. Ini adalah gara-gara Abang Benjamin.haha

Ukhuwwah Fillah
*Gambar ana dengan sahabat dari Egypt*

5. Dapat berkawan dengan sahabat-sahabat dari pelusuk dunia. Dari Egypt, Sudan, Mauritania, Chad, Thailand, Indonesia, Abu Dhabi, India, Tanzania, Nigeria sampai lh ke Russia. Pelbagai ragam, karenah, pemikiran, cara berfikir yang telah ana pelajari. Memang bermanfaat!

6. Dslr & Flashgun telah pun diperoleh! =D

7. Cerpen ana telah pun memenangi tempat kedua sempena Hadiah Penulisan dan Penerbitan Majalah Sekolah Menengah Negeri Sarawak 2008! Memang terkejut dibuatnya apabila tiba-tiba mendapat surat daripada Dewan Bahasa & Pusataka. Mana kn tidak, ana tak pernah pun submit mana-mana cerpen untuk pertandingan. Thx buat tukang submit cerpen! =P

8. Dale Carnegie Traning memang berkesan! Ana x dapat nak ceritakan di blog sebab ia adalah sesuatu yang praktikal. Nak tahu, jumpa lh ana.=P


Di Pagi Aidiladha

9. Berfotoshoot dengan sahabat-sahabat di mimbar Masjid An-Nur.=P

10. Menjadi Penghulu batch Jan09. MashaAllah, bagi ana, inilah cabaran dan dugaan yang paling berat bagi ana! Ana memang x expect benda ini akan terjadi. Frankly speaking, ana memang tidak tahu menahu langsung tentang kepimpinan. Sejak dari tadika,ke sekolah rendah, sampailah ke sekolah menengah, tidak pernah sekalipun ana dicalonkan untuk menjadi seorang yang bergelar pengawas, jauh sekali untuk dilantik menjadi seorang yang berjawatan tinggi. Jadi, jangan hairan andai ana memang tidak tahu langsung tentang apa-apa yang berkaitan tentang meeting,paperwork,flow event,checklist dan yang sewaktunya dengannya sebab ana memang x pernah tahu tentang ini. Bagi yang pernah terlibat dengan kepimpinan di sekolah, mungkin perkara kepimpinan ini bukan suatu masalah bagi anda, tapi ia memang masalah besar bagi ana sebab bidang ana di sekolah berkait rapat dengan komputer. Ana bagi satu analogi yang cukup mudah, seorang doktor itu mungkin boleh mengubati pesakit-pesakitnya dengan mujarab,sehingga pesakit itu sihat kembali walau kronik sekali sakitnya.Hebat sekali doktor ini. Tapi adakah seorang doktor yang hebat ini dapat juga 'mengubat 'sebuah komputer yang diserang virus? Semestinya tidak! 'Sakit' komputer ini kenalah diubati oleh seorang yang bergelar software engineer. Begitu juga sebaliknya, jika seseorang itu mendapat penyakit kronik akibat serangan virus paramecium, dapatkah software engineer ini mengubatinya? Semestinya juga tidak! The main point is, setiap seorang daripada kita ada tanggungjawab, ada peranan kita yang tersendiri. Bukan semua benda dapat kita buat. Tetapi semua itu dapat dicapai andai 'doktor' dan 'software engineer' tadi bekerjasama, faham akan peranan masing-masing, dan bersatu untuk menyelesaikan permasalahan yang dihadapi. Eh, jauh melencong plak dari tajuk asal.haha. Apa-apa pun, ana nak minta maaf banyak-banyak terutamanya dengan sahabat se'batch' dengan ana. Ana tahu, ana bukanlah penghulu yang berkaliber. Ana bukan lh penghulu baik. Banyak sekali kelemahan ana. Ana minta maaf andai ada yang x puas hati, ada yang terkecil hati, tersakit hati, x dapat nak memenuhi tuntutan anda. Ana minta maaf banyak-banyak. Dan tidak lupa kepada yang banyak memberi pertolongan dan bantuan kepada tika ana dalam kesusahan, ana ucapkan, ribuan terima kasih. Ana tahu, mana mungkin ana dapat membalas jasa kalian, moga Allah membalas jasa kalian dengan seribu kebaikan. =)

11. Banyak lagi yang nak dikongsi, tapi, cukup kot setakat ni. Nak tahu lagi, boleh la bertanya personally.ahak.


Keep on Running and Running

Tahun 2009/1430H telah pun berlalu. Memang tidak dapat dinafikan, ana memang banyak kali tersungkur jatuh. Tapi, ini bukanlah menjadi halangan, malah menjadi suatu loncatan untuk ana beranjak lebih jauh. Ana belajar, apa yang penting adalah untuk kita 'Terus Berlari dan Berlari'. Terus berlari mengejar Redha Allah. Jangan berhenti berlari walau anda jatuh, tapi bangkit, teruskan larian! Keredhaan Allah terhadap kita adalah sesuatu yang mahal, payah untuk dicapai, sukar jalannya, tapi ia bukanlah sesuatu yang mustahil. Sesungguhnya tiada satu pun yang lebih bernilai daripada keredhaan Allah S.W.T. Maka berlarilah kamu mengejarnya.

Semoga tahun baru ini menjadi suatu turning point untuk kita berubah lebih baik. =)

p/s: Virus Paramecium memang tidak wujud. =P
p/s 2: Cuti tinggal 2 hari.



4 comments :: Terus Berlari dan Berlari

  1. virus paramecium??
    aku ske c0nt0h k0 ni..
    hehe
    2009..byk mem0ri k0wt..
    "bwat aku tersenyum" ble ingat sume tu..
    haha
    xD

    ps:cuti aku p0n da nak abes
    ps2:hepi ste!! :D

  2. hahaha.. ak taw le ak x amek biologi dulu, mne le ak tahu virus pe yg ade. xP
    2009,"bwat ku terfikir".xD

  3. wan!
    blog bes, gamba lawa!
    yeah mmg syok!
    hehe...

  4. thx adzlan!
    biasa2 je blog ni...
    huhu