Highlights Of The Week

Minggu yang penuh dengan cabaran-cabaran. Kerja-kerja event yang overlapping + assignment yang x siap +meeting dan meeting + test+ keadaan diri yang kurang sihat. Kerja-kerja event pada minggu ni saya boleh katakan bagaikan non-stop. Habis sahaja satu kerja, datang lagi satu, habis lagi, datang lagi dan seterus-seterusnya.

Bermula dari event MedTech Team TEC X(MTTX) pada awal minggu, amanah yang diletakkan sebagai PIC Decoration & Logistic Booth memang agak berat disebabkan ketiadaan pengalaman. Kalau diikutkan hati, memang nak quit.Tetapi, amanah tetap amanah. Amanah adalah benda yang pasti dipersoalkan di hari muka nanti. Itulah prinsip yang saya pegang. Kerja tetap diteruskan. Dan perkara yang paling banyak saya belajar adalah,'Work As A Team'.
*Saya memang suka buat kerja alone* =P

Terima kasih kepada Nash yang telah pun memperingati perkara ini semasa meeting. Terima Kasih saya ucapkan kepada semua committe-committe MedTech yang telah pun bersusah-payah, memberi komitmen sepenuhnya. Moga Allah S.W.T membalas kebaikan kalian dengan rahmatNya. =)

Di sebalik segala kesukaran tadi, memang ada hikmahnya. Percayalah, setiap kesusahan itu pasti Allah S.W.T. datangkan dengan kebaikan. Saya dapat merasakan bonding atau ukhuwwah antara saya dengan committe-committe semakin rapat. Dan ukhuwwah ini adalah sesuatu yang memang manis, hanya yang merasakannya pasti mengetahui indahnya ukhuwwah itu.*quote dari Naqib ana*

"Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan"
(Surah Al-Insyirah, Ayat 6)

Selesai sahaja event MTTX, kerja-kerja event Kembara Sufi + Semissa + Lajnah pula datang bertandang. Nak tahu, tanya ana personally. ^^

Ukhuwwah

Untitled
*tag daripada Nash*


p/s: Makanan di Heritage Hotel memang terbaik!Setelah sekian lama x makan di hotel. Thx Nash! =D
p/s 2: Nak jumpa naqib ana yang sedang internship hari ni. Memandangkan mereka ada di UTP pada hari ni, ambil lah peluang. Ana memang rindu kt kedua-dua orang naqib ana tu. ^^
p/s 3: Kepada sesiapa yg hendak berkahwin, atau telah pun berkahwin, atau ingin berkahwin lagi, blh la contact saya di chronic_gamer@hotamail atau kmkridhwan@gmail.com utk servis wedding fotografi. Harga mmg terbaek!. =D

0 comments :: Highlights Of The Week