Kem Remaja Islam Sarawak 2010

Minggu lepas memang cukup bermakna buat saya. Penuh terisi dengan perkara-perkara yang saya kira bermanfaat, insyaAllah. Bermula daripada hari isnin, kami berbincang untuk persiapan terakhir KRIS10, hari seterusnya pula KRIS10 telah pun berlangsung sehingga hari khamis. Hari Sabtu pula saya sempat bertandang ke rumah Cikgu Jalina untuk majlis akikah anaknya dan pada petangnya pula saya dan sahabat lain bertolak ke Bintulu untuk Family Day Semissa dan semalam saya kembali semula ke Miri.

Family Day Semissa

Walau pada mulanya keadaan tidak mengizinkan sebenarnya untuk saya pergi disebabkan ketiadaan kenderaan pada hari kejadian. Namun, Allah permudahkan jalan pada keesokan harinya dan akhirnya saya sampai juga di Kampung Jepak, Bintulu untuk bertemu dengan sahabat-sahabat di sana.

Pengalaman tidur bersama-sama sahabat di kebun berlantaikan bumi, beratapkan langit, bertemankan unggas dan nyamuk memang tidak dapat saya lupakan. Langit yang kelihatan keungguan violet pada malam itu dihiasi pula dengan bintang-bintang yang bertebaran membuatkan saya terpukau seketika merenung indahnya ciptaan Allah. Subhanallah!


Kem Remaja Islam Sarawak 2010(KRIS10)

KRIS10 yang berlangsung selama 3 hari 2 malam di Kolej telah pun berakhir pada 17 Jun yang lepas. Segalanya lancar walaupun tidak dapat dinafikan memang ada beberapa kepincangan yang berlaku.

Alhamdulillah, saya banyak belajar.

Teringat lagi saya pada pesan Akhi Syukrani semasa perjumpaan sehari sebelum KRIS10, "apabila kita berprogram, kita datang bukan setakat untuk mengajar, tapi turut belajar daripada adik-adik(peserta)". Lebih kurang begini bunyinya.

Pada mulanya, kecelaruan minda berlaku. Jika datangnya saya untuk belajar dari adik-adik, maka adakah adik-adik pula yang akan mengajar saya? Bukankah objektif KRIS10 adalah untuk mentarbiyyah dan mendidik para peserta? Kenapa pula saya kena belajar dari adik-adik?

Saya jadi keliru. Terasa pelik.

Saya cuba mencerna kenyataan itu untuk memahaminya. Namun, masih tidak faham lagi apa yang cuba disampaikan pada malam tersebut.

Setelah tamat KRIS10, setelah bermuhasabah, baru saya faham akan suatu perkara. Bila kita merasakan hanya kita yang dapat memberi, secara automatik kita akan merasa diri ini teramat hebat daripada adik-adik atau orang lain. Pada saat itu, tertutuplah sudah pintu untuk kita menerima pandangan, menerima pendapat dan tertutuplah pintu untuk kita belajar. Maka sifat tawadu' itu perlu ada dalam diri.

“Sesungguhnya Allah memberi wahyu kepadaku, supaya kamu bersifat tawadu', sehingga tidak ada seseorang sanggup menganiaya orang lain dan menunjukkan sikap berbangga diri (sombong) kepada orang lain.” (Hadis riwayat Muslim)


Memang banyak sebenarnya yang saya belajar dari adik-adik.

Saya belajar bagaimana cara mereka berfikir.
Saya belajar untuk lebih memahami jiwa remaja.
Saya belajar untuk menjiwai mereka dengan lebih baik.
Dan saya yakin, jiwa-jiwa inilah merupakan bakal mujahid & mujahidah Islam pada masa hadapan.

Dahulu, saya juga pernah berada di tempat mereka. Sebab itu, saya percaya, suatu sinar bakal berkilau terang jika mereka-mereka ini digilap betul-betul dengan tarbiyyah Islam yang tulen. Doa-doakan mereka.


Pesan saya pada adik-adik, carilah suasana Islam di sekitar kamu jika kamu inginkan Islam.=)


___________________________________________________________________________________________

Egypt Themepark

Food Republic



p/s: Sedih apabila melihat sahabat-sahabat yang semakin hanyut daripada Islam. Moga Allah beri hidayah supaya mereka kembali.

Next event: Malam Keagamaan di Kolej.

0 comments :: Kem Remaja Islam Sarawak 2010