Destinasi-Part 1

Am I On The Right Flight
*Soal diri,betulkah 'destinasi' yang ku tuju sekarang?*

Masih segar lagi di fikiran saya peristiwa kira-kira 7 tahun yang lalu. Ketika itu saya merupakan pelajar Tahun 6. Hanya beberapa bulan lagi UPSR bakal berlangsung. Dan beberapa bulan lagi jugalah saya bakal meninggalkan sekolah saya itu.

"Dah sedia nak tinggalkan sekolah?Lepas ni sambung belajar kat mana?"soal seorang sahabat.

"Umm, insyaAllah, niatnya memang hendak sambung di Kolej(Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang) nanti."

"Wah!Kau biar betul! Ingat senang ke nak belajar kat sana. Setahu aku, hanya pelajar-pelajar terbaik yang dapat belajar kat situ. Dengan keputusan kita yang entah apa-apa ni, jangan haraplah!"

"Eh,macam mana kau begitu yakin kita tak layak? Sedangkan UPSR pun belum kita duduk. Kita ada masa. Belum terlambat lagi rasanya."

"Aku tengok kau ni yakin betul nak masuk Kolej tu. Dah la keputusan teruk, tulisan pula mengalahkan cakar ayam. Cakar ayam lagi cantik rasanya. Hehehe. "

"Ooo, dah pandai kutuk aku sekarang ni. Memang nak kena ni."

"Haha. Janganlah marah. Gurau je tadi tu. Hehe. Haa, ceritalah apa bagus sangat pasal Kolej tu? Lagipun, apa bezanya Kolej dengan sekolah-sekolah menengah lain? Aku rasa lebih kurang je."

"Kolej itu adalah destinasi yang ingin ku tuju. Sebab aku hendak yang terbaik dalam hidupku."

Sahabat saya tadi terdiam. Cuba mencerna apa yang saya katakan. Riak mukanya berubah serius.

"Fitrah manusia memang sentiasa hendakkan yang terbaik dalam hidupnya. Kalaulah kita diberi pilihan RM1 atau RM1000 di tangan, rasa-rasanya nak pilih yang mana? Rm1? Rm1000? " soal saya supaya dia berfikir.

Diam sebentar.

"RM1000."

Pendek sahaja jawapannya. Tidak ada gurauan yang dibuatnya kali ini seperti hari-hari biasa.

"Sebab apa pilih RM1000? Sebab RM1000 itulah pilihan yang terbaik. Bukan kita hendak memperkecilkan nilai RM1, tapi RM1000 itu adalah seribu kali nilai RM1. Dan mungkin, manfaat RM1000 itu seribu kali ganda lebih baik daripada RM1!"

Sahabat saya tadi mengangguk-anggukkan kepalanya tanda setuju.

"Tapi, susah la nak score tinggi-tinggi masa ujian nanti. Nak kena belajar lama-lama, tak boleh nak main game dah, kena pula tuisyen hari-hari, itu tak boleh, ini tak boleh. Ahhh, rimas la!Semua tak boleh!" Rungut sahabat saya sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

"Kejayaan itu menuntut usaha dan korban. Manusia-manusia yang berjaya itulah manusia-manusia yang sentiasa berusaha dan berkorban. Sejak azali lagi, formula itu tidak pernah berubah dari dulu sampai sekarang. Kejayaan itu hanya meningkat apabila meningkatnya usaha dan korban. Dalam bahasa sainsnya, directly proportional. Jadi persoalannya sekarang, sanggupkah kau berkorban sahabat? Berkorban untuk destinasi yang hakiki, destinasi yang kekal, destinasi yang pasti nanti?"

Saya terus berlalu pergi.

Meninggalkannya dengan persoalan. Persoalan yang tidak dapat saya jawab buatnya. Biarlah dirinya sendiri berfikir akan jawapannya.

Saya tahu dia tahu akan jawapannya.

Mungkin hatinya masih lagi berbolak-balik.

Berperang dengan hawa dan nafsu yang menyeksa diri.

Moga Allah beri kekuatan pada qalbunya untuk berkata.

Berkata-kata pada yang hak dan benar.

Doa-doakan...

*Perhatian! Kolej adalah sekolah terbaik bagi saya disebabkan begitu banyak sekali kenangan dengan sahabat-sahabat dan guru-guru disana. Tiada niat untuk merendah-rendahkan sekolah lain. Saya yakin, setiap seorang daripada kita pasti mengatakan sekolahnya adalah terbaik. So, no offence here.=)*

p/s: The days are numbered. 2 more days left!
p/s2: Yesterday was the day. 'L' license was acquired! ^^

9 comments :: Destinasi-Part 1

  1. nice post (^_^)

  2. salam..
    ko sbnrnya blk utp ble??
    sje nk taw..
    ke dh ada kat utp..

  3. eksen la dah dapat "L"? haha

  4. Nash:thx!^^

  5. Rozaidi:wsalam.x blik lagi.insyaAllah khamis ni flight gi KL. rase x nak blik je.huhuhu

  6. zahid: aie,mestiiii.=P
    tauk la da org dh mbak vios nak.haha.

  7. wan, giler smart picture tu!! huhu.. mndalam maksud nye.. hehe..comey3.. thumbs up ^^)v

  8. syukran2! ^^

  9. oi wan...da fb x???