Islam Itu Perlu Mujahadah

Cheesed Macaroni

Alhamdulillah, semalam saya telah berjaya menghasilkan Macaroni Cheese saya sendiri. Tiada bantuan dari Ummi mahupun dari kakak saya. ^^

Kalau difikirkan balik, sebab apa saya perlu bersusah payah hendak menghasilkan makanan kegemaran saya? Bukankah lebih baik beli sahaja beli di kedai? Atau suruh Ummi saya yang buatkan? Nak senang lagi, curi sahaja makanan itu dari kedai makan!

Curi.Lari.Makan.Kenyang.

Mudah bukan?

Tidak perlu bersusah payah untuk mendapatkannya.

Kalau diikutkan, hendak mencari bahan-bahan untuk resepi macaroni cheese sahaja sudah payah. Mencari herba dan rempah ratus seperti parsley, oregano dan basil memang agak sukar disini memandangkan supply yang limited. Itu cerita mencari bahan-bahan, belum lagi termasuk harganya yang agak mahal dari biasa. Dah beli semua bahan tadi, kena masak lagi. Dah masak tu pula tidak semestinya sedap. Kadang-kadang dah masak sepuluh kali pun entah apa-apa rasa. Langsung tidak sedap. Dan kali yang seterusnya kita masak baru rasanya seperti pasta di Pizza Hut.

Jadi, kenapa hendak bersusah payah?

Sebab kita tahu akan nikmatnya.

Kita tahu, apa akibatnya jika kita mencuri makanan tadi. Samada kita akan dikepung dengan parang samurai oleh pekedai yang mengamuk tadi dan dipaksa untuk membayar atau ditangkap oleh penguatkuasa dan dipenjara. Kalau pun kita terlepas, kita tahu makanan yang bakal kita makan itu adalah makanan haram yang akan menjadi darah daging kita.

“Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah rezeki yang baik-baik yang telah kami rezekikan kepadamu…”(al-Baqarah:172)

Berbanding dengan makanan yang telah kita usahakan bersusah payah dari awal sehingga akhir, penghujungnya nikmat. Bermulanya dengan susah payah, nikmat menjadi penutupnya.

Begitu jugalah dengan Islam.

Islam itu perlu mujahadah.

Ketahuilah, neraka itu dipagari dengan penuh kenikmatan dan keseronokan, manakala syurga itu dipagari oleh ujian dan kesukaran.

Saya akui, kita semua ini manusia biasa. Tiada yang luar dari biasa. Kita semua sama sahaja. Kerap kali kita tersungkur jatuh ketika menempuh Jalan menuju keredhaan Allah. Ada sahaja yang menghalang. Dan yang menghalang itu pula adalah benda yang kita sayang, benda yang kita suka, benda yang jahat. Itulah hawa nafsu.

Maka mujahadah itulah yang kita perlu untuk menangkis hawa nafsu.

Bermujahadah atau jalan menuju Allah itu membawa maksud perang yang telah kita isytiharkan pada diri sendiri untuk melakukan sesuatu yang sememangnya dibenci hawa nafsu. Menentang hawa nafsu bukanlah perkara mudah. Terseksa kita dibuatnya.

Manakan tidak, dikala sahabat-sahabat kita 'sibuk' sekali menghiburkan diri, kita pula bersusah payah berdepan dengan buku-buku yang tebal untuk mendapat kejayaan agar Islam tidak difitnah pembawa kegagalan. Tika sahabat-sahabat yang lain 'sibuk' bergelak ketawa sampai lupa dunia, kita pula sibuk beribadat. Saat sahabat-sahabat lain masih nyenyak tidur dibuai mimpi indah bertemankan kelam malam yang sejuk, kita pula bangun bersusah payah untuk solat Subuh.

Tidak teruji iman kita?

Kalau diikutkan nafsu, mahu sahaja kita meninggalkan buku-buku tebal itu untuk berhibur.
Kalau diikutkan nafsu, mahu sahaja ditinggalkan ibadat, bersama-sama sahabat lain ketawa sampai tak ingat diri.
Kalau diikutkan nafsu, memang dipeluk erat bantal, dipekakkan telinga dari azan, sambung tidur lagi bagus.

Ketahuilah kita, jalan menuju ke Syurga itu bukanlah jalan mudah.

Tiada jalan pintas untuknya.

Tiada shortcut.

Maka, sama-samalah kita berusaha menjadi orang bijaksana. Hanya yang bijaksana akan memilih jalan mujahadah. Jalan yang sentiasa dipenuhi kepahitan sepanjang perjalanan, penghujungnya pula manis yang yang abadi.

Bila dan dimanakah penghujung itu?

Syurga!

p/s: Off to SMK Suai untuk Kem Motivasi anjuran Iluvislam.com today!* ^^
p/s2: Yes!ada orang akan belanja makan klak. ^^

3 comments :: Islam Itu Perlu Mujahadah

  1. (^_^)

  2. =)
    ^^
    =D
    hahaha.=P

  3. curi tu susah lagi menyusahkan