Terasingkah Kita?

Batrisyia!
*Anak buah kesayangan!*


Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, “Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang­ orang yang asing”.
(Hadis Riwayat Muslim)


Datangnya dalam keadaan asing. Kembalinya juga dalam keadaan asing. Dan beruntunglah orang orang yang asing.

Itulah Islam.

Ingat lagi, saat pertama Rasulullah berdakwah secara terbuka di Bukit Safa?

Adakah masyarakat Arab disana dapat menerima Islam?

Tidak.

Mereka tidak sanggup. Mereka tidak sanggup meninggalkan amalan syirik mereka. Mereka tidak sanggup membuang amalan khurafat daripada masyarakat. Mereka tidak sanggup membiarkan ekonomi penjualan berhala mereka terjejas.*Rujuk kembali buku teks sejarah tingkatan 4 kalau sudah lupa*

Mereka tahu, jika mereka menerima dakwah daripada Rasulullah, maka wajib bagi mereka untuk beriman, iaitu penyerahan total dan mutlak hanya kepada Allah S.W.T. Mereka tidak sanggup.

Mereka lebih rela untuk mencemuh Rasulullah.Mereka kecam Rasulullah. Mereka hina Rasulullah. Mereka tidak mahu menerima kebenaran.

Islam adalah suatu benda yang pelik bagi mereka.

Asing.

Itu cerita 1431 hijrah yang lalu.

Sekarang?

"Jom pi masjid."

"Kau ni tak habis-habis dengan masjid!Bosan! Dah! Aku banyak kerja nak siapkan."

"Jom usrah"

"Ah! Tak habis-habis dengan usrah. Bosan.Bosan. Aku dah tahu apa naqib/naqibah tu nak cakap. Cakap pun benda yang sama. Cakap pasal Islam je memanjangggg. Baik aku tengok movie. Baik aku belajar. "

"Jom pi konsert nasyid"

"Apa barang dengar nasyid. Kau ni memang kolot habis. Orang sekarang layan Justin Bieber bro. Tak main la nasyid.Bosan!"

"Bro, tak elok kita mencarut ni"

"Hishhh. Ape la masalah mamat ni. Suka hati aku la nak cakap apa. Mulut aku ni bro. Bukannya mulut kau. Apa masalah kau ni!?Bosan betul orang macam kau ni.Tak de life langsung."

Bosan.

Itulah jawapan yang sering kali dilaungkan.

Kita ajak, mereka tolak.
Kita cegah, mereka marah.

Islam semakin hari semakin asing. Mereka menganggap Islam itu suatu benda yang pelik. Sudah tidak relevan lagi untuk kehidupan yang moden. Islam dianggap jumud oleh mereka. Islam itu kuno.

Inilah yang terjadi bila mana kita menjadikan Barat itu sebagai kayu ukur kejayaan kita. Barat itulah kiblat kepada kejayaan kita. Barat itulah yang betul. Gaya hidup orang Barat adalah yang paling sempurna.

Ironinya, nilai-nilai Barat yang baik seperti menepati masa, tekun, menepati masa tidak pula mereka amalkan. Pelik sungguh.

Sebab itulah dikatakan Islam akan kembali dalam keadaan asing. Mereka memandang golongan-golongan yang membawa Islam ini adalah manusia-manusia yang sudah ketinggalan zaman. Sudah tiada keperluan lagi untuk mereka bersama-sama golongan-golongan tersebut. Nanti buat panas telinga sahaja mendengar celoteh mereka. Cukuplah status Islam ku terukir indah di Mykad.

Maka, doa-doakan ahli-ahli keluarga, sahabat-sahabat dan diri kita menjadi orang yang asing.

Asing daripada arus jahilliyah!

Sungguh, orang-orang asing inilah orang yang beruntung di hari muka kelak.=)

My Niece!
*Semoga menjadi mujahidah yang solehah*

p/s: Kesabaran menunggu hikmah itu membuahkan kebahagiaan.=)

4 comments :: Terasingkah Kita?

  1. Bro...
    pimpinlah daku menjadi org asing.
    ingin sekali menjadi asing.
    (^_^)

  2. terharu~

  3. Nash: Nak jadi orang asing ke? nanti kte gi korea,lps tu apply utk kerakyatan di korea.=P

    Adzlan:Semoga kita istiqamah jadi orang asing. ^^

  4. InsyaAllah..

    yakinlah dgn jnji Allah..
    moga istiqomah