Isolation

Isolation

*Isolating myself from overwhelming task in UTP*

Alhamdulillah, sampai jua di Miri sabtu yang lepas walaupun flight delay sejam lamanya.

Cepat sungguh masa berlalu. Rasa baru sahaja semalam terbang ke Perak, dan sekarang dah kembali.

Mungkin disebabkan jadual waktu yang terlampau padat dengan aktiviti di UTP menyebabkan masa berlalu dengan begitu pantas.

Sungguh, jadual saya memang teramat penuh untuk semester kali ini. Penuh sehingga saya tidak senang duduk di bilik.

Hari pertama semester bermula sahaja sudah dipanggil untuk
meeting. Sehinggakan hari-hari terakhir sebelum cuti midsem bermula, panggilan meeting tetap ada. Rasanya, dalam seminggu sahaja paling-paling kurang, pasti ada 4-5 meeting. Meeting unit, meeting lajnah, meetingdepartment, meeting hicom. Hidup memang dipenuhi dengan meeting sampai satu tahap, pernah terjadi 3 meeting bertembung pada masa yang sama!

SMS memang
non stop memenuhi inbox. Email pula memang sentiasa diupdate dengan task2 baru yang perlu disiapkan. Ada sahaja perkara yang perlu dirancang dan dibincang.

Semester kali ini memang benar-benar mencabar limitasi kemampuan diri. Menguruskan 3 events + 2 Organisasi pada satu masa yang sama memang menguji sejauh manakah saya mampu memacu diri ke hadapan. Tidak saya nafikan, memang serabut hidup saya dibuatnya. Akademik agak tidak stabil buat masa ini. Masa untuk berhubung dengan keluarga juga amatlah kurang sekali.

Maka, dengan cuti 2 minggu ini, insyaAllah akan dimaanfaatkan sepenuhnya dengan keluarga dan sahabat saya. Kerja-kerja di UTP akan saya minimakan seminimum yang mungkin untuk cuti kali ini. Sungguh, saya sayang sekali pada keluarga dan sahabat saya. ^^

p/s: Sudahkah kita mendapat keampunan Allah pada Ramadhan kali ini? Peringatan pada diri dan sahabat-sahabat.

p/s2: Hong Kong awaits next year. ^^

0 comments :: Isolation