Bicara Ustaz Juneed

"Nanti enta boleh datang pada waktu petang." kata salah seorang pengajur memberikan alternatif kepada peserta-peserta 'program X' agar mereka dapat hadir.

Hati saya melonjak kegembiraan. 'Program X' yang sepatutnya saya hadiri pada masa dan tarikh yang sama dengan Bengkel Dakwah Fardiyyah telah pun ditunda masanya. Dan ini memberi maksud bahawa saya berpeluang untuk bertemu dengan ustaz Juneed setelah hampir 2 tahun lamanya tidak berjumpa dengan beliau.

Sungguh, Allah sentiasa memudahkan urusan hamba-hambaNya.

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ustaz Juneed
*Bicaranya sentiasa menghidupkan kembali hati yang mati.Mati dari mengingati Allah*

Memang betul. Langsung tiada sekelumit perubahan pada dirinya. Beliau masih tetap teguh berdiri menebar kemuliaan Islam pada umat walau pernah diuji dengan ujian yang maha dahsyat 2 tahun yang lalu. Ujian yang benar-benar menguji sejauh mana keimanan kita mampu bertahan dan pergantungan kita kepada pertolongan Allah S.W.T. Kalau sahaja saya yang diuji sebegitu, saya tidak tahu adakah saya mampu bertahan atau tidak. Namun, saya melihat ujian itu menjadikan beliau semakin matang dan berani menyampaikan kebenaran!

Pada pembukaan ceramahnya, beliau mengupas berkenaan golongan yang telah pun futur atau golongan yang telah/cuba untuk melarikan diri daripada perjuangan menegakkan agama tauhid. Katanya, berapa ramai diantara mereka-mereka yang merupakan naqib/naqibah atau barisan pimpinan persatuan Islam di sekolah/universiti suatu masa dahulu yang lantang berceramah, menjadi penggerak usrah mengajak sahabat-sahabat kembali kepada Islam yang sebenar, dan kini masih lagi kekal dalam keadaan sebegitu?

Mesej yang hendak disampaikan ustaz Juneed adalah cukup jelas. Membicarakan berkenaan golongan yang cuba melarikan diri atau sudah pun berlari meninggalkan medan juang. Mereka sudah tidak ingin kepada Islam, merasakan sukar sungguh hidup dengan syariat Islam dan tiada perlunya untuk mereka berdakwah kepada masyarakat. Cukuplah sahaja dengan solat 5 waktu di rumah dan bersikap baik. Walhal, dakwah itu adalah perkara wajib dilakukan selagi mana kita masih berpegang pada syahadah yang kita lafazkan sekurang-sekurangnya 9 kali semasa solat fardhu 5 waktu.

"Kalian adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi manusia, kalian menyuruh (berbuat) kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran dan kalian beriman kepada Allah. "(Ali Imran, ayat 110).

Ustaz Juneed juga ada menyentuh berkenaan zikir dan fikir dalam kuliahnya.

Diantara sebab kita tidak beramal secara total kepada Islam adalah disebab kurangnya fikir. Kita malas untuk berfikir akan apa yang kita buat. Tidak kisah akan kesudahan kepada tindakan yang pasti membawa kita samada ke syurga atau neraka. Ketahuilah setiap satu perbuatan kita pasti dihisab kelak, hatta sekecil partikel pun pasti dihisab! Maka, banyakkan muhasabah, dan fikir, masih Islam kah diri ini dalam keadaan tidak beramal dan menyebarkan Islam?

Sempat juga ustaz juneed berbicara sedikit fasal cinta kepada kami semua pada hari itu. Asal sahaja bab-bab cinta keluar, maka tersenyum-senyumlah para pendengarnya.haha. Tahu-tahu sahaja, pada usia-usia sebeginilah kita mula keluar, mencari apakah itu cinta yang sebenar. Maka, pesan ustaz, ingin bercinta mudah, syaratnya asal berteraskan keimanan.

Menjadi persoalan adalah, bagaimana cinta itu berteraskan keimanan? Cinta berteraskan keimanan itu adalah kamu ingin bersama pasangan kamu di syurga kelak dengan menjaga diri kamu dan pasangan kamu daripada maksiat. Itulah definisi sebenar cinta. Bagaimanakah kamu boleh mengaku kamu cinta kepada pasangan kamu sedangkan maksiat yang kamu lakukan itu membawanya ke neraka?

Perkara terakhir yang disentuh ustaz Juneed dalam kuliahnya adalah berkenaan jemaah. Dan bercakap mengenai jemaah, masih jelas lagi di ingatan saya antara pesanan terakhir ustaz Juneed di sekolah dahulu sebelum beliau berpindah,katanya"Adalah WAJIB untuk kamu menyertai mana-mana jemaah islam selepas tamat sekolah nanti."

Benar. Memang benar sekali kata-kata beliau. Percaya atau tidak, hanya dengan bersama jemaah Islam kamu dapat mengekalkan keimanan. Hanya dengan bersama jemaah Islam kamu akan mampu menyebarkan Islam dengan efektif. Dan hanya dengan bersama jemaah Islam kamu beroleh sahabat yang sebenar, iaitu sahabat atas keimanan, sahabat yang kisah akan imanmu.

Dan pesanan terakhir ustaz pada petang itu adalah, ketahuilah menjauhi jemaah itu menempah jalan ke neraka. Tegas suaranya memberi pernyataan.

Walaupun pernyataan itu agak syadid atau keras bunyinya, maka itu lah hakikat yang saya lihat pada hari ini. Berapa ramai diantara sahabat-sahabat kita yang tiada jemaah, dan masih mampu mengamalkan Islam secara total? Berapa ramai diantara kamu yang tiada jemaah, namun masih mampu pergi ke masjid tiap-tiap hari? Berapa ramai yang masih istiqamah menyebarkan dakwah tanpa lesu tanpa jemaah? Berapa ramai?

Maka kita boleh mendapat satu konklusi, hanya dengan berjemaah sahaja kamu akan kuat. Hatta setebal mana ilmu dan amal kita, tanpa peringatan dan usrah yang konsisten, iman kalian pasti terhakis. Saya ulang, pasti terhakis.

Kalau dahulu 5 waktu sehari semalam ke masjid, maka ia akan mula berkurang. Dari 5 waktu ke masjid, mungkin akan tinggal 2 waktu sahaja ke masjid. Kemudian, ia menjadi tiada waktu di masjid. Semua solat di buat di bilik sahaja. Katanya nak solat berjemaah di bilik. Lama kelamaan, solat mula dilewatkan-lewatkan, sehingga luput masa baru nak solat. Dan pada suatu tahap nanti, lihatlah, adalah tidak mustahil kamu akan meninggalkan solat! Sedangkan solat itulah pembeza Islamnya kamu dengan yang kafir!

Maka, memang benarlah kata-kata ustaz Juneed.

"Ketahuilah menjauhi jemaah itu menempah jalan ke neraka."


p/s: mintak maaf kalau lambat post. Very hectic week. :)
p/s2: Yeah!Dah dapat 1st paid job last week! Pictures coming soon. ^^

7 comments :: Bicara Ustaz Juneed

  1. Salam,

    Ada recording x (audio atau video)? Mun ada dapat kmkorang tumpang dengar. :)

  2. wsalam.sorie la,xda plh recording riya sbb bengkel tk plh besa2 jk riya. InsyaAllah, kalau ada rezeki mk plah forum ustaz juneed + abg mukhtar sekali klak memandangkan abg mukthar dh transfer kt perak.Yg tk insyaAllah ada recording.

  3. bez rasa ngga gmba ustaz juneed. ngga gmba nya jak dah bez alu. apatah agik mun jmpa. rindu rindu T.T

  4. benar eh.riya 1st time nangga ustaz setelah sekian lamak,tyme nya gik bjlan ya,blom gik brik ceramah,asa mk nangis jk nangganya.x tauk pahal eh.kali ya aura org yang beriman nak.

  5. salam wan....
    wah, memang mengharukan gambar ya...
    semoga dapt bertemu dngnya gk...kirim salam to ustaz juneed, do send it on my behalf....

  6. nya la tek. kali juak. adohh. ng rindu lalu jak ngn ustaz. mun ada invite ustaz gik tlg smpekan salam ah. :)

  7. Ridhwan & Ika: InsyaAllah.kalau ada rezeki gik, klak kirim salam ngan ustaz juneed. & cgek gik,jgn lupak beramal dengan pesanan ustaz juneed ya.kalau ada yg x jelas, blh tanyak personally. :)