Destinasi-Part 2

Swallowing Shadow & Luminous  Light
*Sinarkan dirimu dengan Islam, Jauhkan gelita jahilliyah dari diri*

6 Tahun Kemudian

Petang itu terik sekali. Panasnya memang luar biasa dari hari-hari biasa. Angin langsung tidak sudi bertiup. Sudah 3 hari berturut-turut keadaannya begini. Tidak tahu bila akhirnya akan tiba.

" Tak mungkin. Aku dah terlambat sangat ni. Memang dah takda harapan!" Keluh seorang hamba Allah bernama Azam yang bagaikan hilang sudah arah tujunya.

Masalah demi masalah menimpa diri. Tidak selesai lagi dengan masalah yang dihadapi, masalah baru pula datang bertandang. Kalau diumpakan seperti 'bagai jatuh ditimpa tangga', keadaannya jauh lagi teruk daripada itu, dah ditimpa tangga, dengan lampu-lampu mentol turut jatuh sekali dan pecah berderai menimpanya.

Hidupnya kian kucar-kacir. Emosinya sentiasa terganggu. Resah gelisah dirinya tidak keruan. Setiap saat yang berlalu itu menyeksa dirinya.

Segala bentuk hiburan sudah dicubanya untuk menghilangkan 'tension', namun satu pun tidak memberi ketenangan padanya seperti selalunya.

"Aku tidak mungkin kembali seperti dulu. Sudah lama sangat aku meninggalkan dunia dakwah itu. Masalah pun bertimbun lagi. Tak kuasa aku nak dengar nasihat dia. Sudah-sudahlah si Iman ni mengacau aku!" Hatinya meronta. Marah kepada sahabat yang sering 'mengacau' dengan nasihat-nasihat supaya kembali kepada Islam.

Dalam keadaan tersepit dengan masalah yang macam-macam, hatinya masih keras menolak Islam. Baginya masih ada solusi tanpa kembali kepada prinsip asas seorang yang bergelar muslim.

Rokok Dunhill terus berasap panas di tangannya. Dibiarkannya sahaja setiap SMS yang berunsurkan nasihat mahupun bertanya khabar pasalnya daripada Iman. Kalau di'call' pun, pasti tiada jawabnya. Dia sudah tidak ingin berhubung langsung dengan Iman. Iman dilihatnya hanyalah sebagai tembok besar yang hanya tahu mengikat dirinya dengan syariat Islam.

Azam ingin bebas.

Bebas daripada syariat Allah!


Siapa tahu Azam yang telah mengalami turning point dalam hidupnya dan memang terkenal sebagai seorang wara' dan 'alim dan memang sentiasa menjaga thiqah di Kolej, kini sudah tersasar jauh. Jauh sekali dirinya dengan Islam.

Islam dan Azam bagaikan terasing.

Dia sudah lupa akan destinasi.

Akan destinasi yang pasti nanti.

Semuanya gara-gara satu perkara sahaja, iaitu...

To be continue...

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Di Surau Al-Hidayah
*Bersama pimpinan PPIK 10/11*

Di Surau Al-Hidayah
*Bersama Presiden PPIK 10/11*

Di Surau Al-Hidayah
*Bersama Mantan Presiden PPIK 07/08, sahabat yang memang saya sayang dari dulok :D*

p/s: Alhamdulillah, sempat berkongsi pengalaman dengan adik-adik di Kolej sebelum balik ke kampus. Lawatan ke sana mengembalikan segala nostalgia & kenangan di Kolej, terutamanya di Surau Al-Hidayah. Sungguh, saya rindu akan suasana bersekolah. Terutamanya akan sahabat rapat saya di Kolej suatu masa dahulu...

p/s2: Cuti tinggal sehari di Miri. T.T

p/s3: 2 hari lagi result keluar. 11.1.11. nang kacak tarikh ya.

p/s4: 3 hari lagi terbang ke Hong Kong :D

p/s5: Cuti adalah musim 'membina' badan. -.- '



6 comments :: Destinasi-Part 2

  1. meskipun dia tidak mengendahkan nasihat-nasihat daripadamu, "Iman", janganlah kau pernah berputus asa.. Ku yakin, ukhuwwahmu dan "Azam" adalah semata-semata kerna ALLAH. Selagi iman kpdNya masih mekar dalam dirimu, selagi itulah ukhuwwah ini diteruskan.

    Dia masih memiliki hak untuk dinasihati olehmu, meskipun dia tidak memintanya.. Bukankah kau ingin bersama-samanya di dalam syurga bersama sahabat-sahabatmu yang lain? Bukankah begitu, "Iman" ? v(~_^)

  2. InsyaAllah :)

    eh,nta cam taw2 je smbgn cerita lepas ni.hehe.Btw, watak iman tu bukan mewakili ana. Ana yakin sesiapa pun yang berada di jalan dakwah akan ada masalah seperti ni.Cuma latar tempatnya di sekolah lama ana mungkin membuatkan orang berfikir watak itu adalah ana sendiri. Ana bukanlah sebaik watak Iman itu :)

  3. wei2...
    banner jgn lupe ya..
    ke dah send?

    cepat2 sikit trbang ke cni.
    muahaha

  4. hahaha.x sbar dh nk jmpa ngan aku ke? :P
    banner baru sahaja dihantar bos :)

  5. ish2 pakcik tok...cita suka gantung2

  6. bila mok smbg cta tok? (^^,)