Realiti

Keep On Going!
*Akan aku terus berlayar,walau layar tiada berkibar.*

Soalan yang diajukan seorang sahabatku yang berbangsa Pakistan beberapa hari yang lalu masih panas di kotak mindaku. Penat aku mencari jawapannya, habuk pun tak dapat.

Soalannya betul-betul kena dengan apa aku lakukan sekarang.

Dakwah dan Tarbiyah.

Benda yang begitu sinonim dengan apa yang aku buat selama ini.

Dan sehingga saat ni aku masih tidak jumpa lagi akan jawapannya.

Hari itu kuliah berakhir seperti hari-hari biasa. Jam tepat menunjukkan pukul 1 tengah hari. Aku terus melangkah keluar dari Blok Teknologi Maklumat Komunikasi dengan sahabat-sahabat. Dengan matlamat yang satu, kami bergerak laju menuju ke poket D demi mengisi perut yang berkeroncong yang belum mendapat haknya untuk diisi sebelum solat fardhu zohor berjemaah.

Dalam perjalanan itu, seorang sahabat di kalangan kami tiba-tiba bertanya.

“Akhi, minggu depan ada Karnival Pemangkin Ummah(KPU) kan?” Acuh tidak acuh dia bertannya.

“Yup. Minggu depan, 18hb tu dah mula KPU. Karnival kali ni dengar-dengarnya memang gempak. Antara yang paling mantap pernah dibuat sebab ada kolaborasi dengan JAKIM sekali. Ketua dengan komiti-komiti pun dengarnya ahli-ahli yang cukup berpengalaman dengan program-program Islamik. Memang mantap KPU kali ni.” Penuh semangat sang sahabat bercerita sambil mempromosi program-program Islamik sebegitu.

“Fuhhh, hebat sungguh pengurusan dengan perancangannya. Moga-moga ramai yang datang ke event macam ni.”

Poket D sudah pun kelihatan. Hanya beberapa langkah lagi diperlukan untuk mereka sampai.

“Sahabat-sahabat, jom singgah booth KPU kejap.” Ajak sahabatku.

“Jom!” Sahutku dengan semangat.

Lagu InsyaAllah yang dinyanyikan Maher Zain berkumandang penuh irama di booth KPU. Produk-produk kesihatan HPA, beberapa botol minuman Bota Best dan baju muslimin muslimat menjadi antara produk jualan di situ untuk menjana ekonomi ummah. Kelihatan beberapa orang muslimin dan muslimat sedang bertugas menjaga booth tersebut.

“ Assamualaikum!” Ceria aku ucapkan dengan senyuman kepada sahabat se’batch’yang sedang bertugas sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.

Sedang rancak kami berbual-bual mengenai event-event Islam, sepasang tangan hinggap di bahuku secara mengejut dari belakang.

“Brother, please make a muslim. I want to be a muslim.” Soalnya dengan nada Pakistan yang mendatar .

Sekujur tubuh berketinggian tidak kurang daripada 180cm, dengan pakaian serba formal, dan bermuka Pakistan itu bertanya kepadaku.

Aku terpaku. Bagaikan halilintar memanah diri ini. Dunia seolah-olah berhenti seketika. Diam.

“Could you show me where is Allah? If you could show me where is Allah, I will become Muslim now,here.” Tanyanya lagi tanpa sempat untuk aku memberi jawapan kepada persoalan yang pertama.

Aku terus tersentak. Terkedu lidahku untuk berkata-kata. Aku tidak mampu menjawab persoalannya.

Malu sungguh.

Mengaku diri sebagai seorang yang telah pun mengucapkan dua kalimah syahadah, dididik dengan pendidikan Islam sejak kecil lagi, tambah-tambah lagi mengiktiraf diri sebagai salah seorang ahli gerakan dakwah Islam, namun soalan semudah itu pun tidak mampu untuk aku jawab.

“Where is Allah my brother??? Are you just selling white hat*kopiah* and muslim cloth?” Perlinya lagi menguji kefahaman kami akan Islam yang telah pun dianuti hampir 20 tahun lamanya.

“If could tell me where is Allah and you can make me a Muslim, come and see me.” Senyuman terkoyak dibibirnya. Dia terus berlalu pergi. Meninggalkan aku dan sahabat-sahabat lain terpinga-pinga seolah-seolah tidak pernah kenal akan Islam.

Aku optimis apa yang dikatakannya itu bukanlah untuk menghina apa yang kami lakukan.

Tapi itulah teguran pedas yang sepatutnya dihadam oleh ahli-ahli yang mengaku bergerak dengan gerakan Islam.

Mungkin ini teguran dari Allah buat diriku yang terlampau menyibukkan diri dengan dakwah melalui ‘event’ sehingga mengabaikan tanggungjawab berdakwah secara fardhiyyah kepada sahabat-sahabat muslim dan non-muslim di sekelilingku. Sedangkan dakwah fardhiyyah itulah cara sebenar Rasulullah S.A.W menyampaikan risalah Islam pada mulanya.

Sungguh aku rasa berdosa.

Ceteknya ilmuku.

Dangkal sekali fikiranku.

Malasnya diriku menuntut ilmu.

Adakah aku sekadar bertaklid menuntut kehendak sistem menjadi daie yang ‘well-rounded’ tanpa kisah pun akan metodologi yang sahih untuk mencapainya?

Apa-apa pun, tidak pernah sesekali aku menyalahkan ‘event’ itu menjadi asbab kepada kelemahan diriku ini.

Cuma mungkin aku perlu lebih berstrategi.

Berstrategi dalam mengimbangi perancangan hidupku dengan visi dan misi yang jelas dalam membawa syiar Islam yang syumul kepada semua ummah.

p/s: Gaya penulisan baru cuba diadaptasikan dalam cerpen pendek kali ini.

p/s2: Wajarkah untuk kita menyisihkan atau memperlekehkan sahabat yang tidak berada pada jemaah yang sama?Adakah itu sikap yang dituntut oleh Islam? Inilah yang terjadi apabila falsafah doktrin fanatisme jemaah itu diterapkan pemimpin-pemimpin atasan kepada pengikut-pengikutnya. Perpecahan atau perpaduan? Antum pilih.

10 comments :: Realiti

  1. btol ka ya??ktk dityk soklan ya??mesti terkesimakan...sdgkan soalan ya sering dityk..dlm prog@usrah..kiranya utk uji sejauh ney iman kita..atau bersedia utk m'jwb situasi yg b'laku.mcm apa yg ktk hadapi...
    situasi cmtok bruk la mna2 menguji.sdgkan kita twuk pun jwpnnya..skema jwpnnya ya..kita boleh jwb dgn lancar dengan adik2@ank2 usrah.tp mungkin sbb kta tkut apa yg kita smpeikn ya salah dn mybe org bole jd lbeh keliru..tp sbnanya,siapa yg keliru..cdak ka atau kita yg lom bna2 phm..jom sama2 muhasabah^^

  2. Teringat kisah dalam al-Quran;

    1. Kata Umat Nabi Musa
    ‘Wahai Musa, kami tidak akan beriman denganmu sehinggalah kami dapat melihat Allah secara terang-terangan’, lalu kerana itu kamu telah disambar halilintar, sedang kamu menyaksikannya.’ al Baqarah;55

    2. Kisah Firaun
    ‘Dan berkatalah Firaun; ‘Wahai Haman, binalah untukku sebuah menara yang tinggi agar aku dapat sampai ke pintu-pintu, iaitu pintu-pintu langit agar aku dapat melihat tuhan Musa. Dan sesungguhnya aku menganggapnya sebagai seorang pendusta.’ Demikianlah dihiasi untuk Firaun (agar memandang baik) keburukan amalannya dan dia telah disekat daripada jalan (yang benar). Dan tiadalah tipu daya Firaun selain membawa kerugian.’ Al-Ghafir; 36-37

    3.
    ‘Golongan ahli kitab telah meminta daripadamu (wahai Musa) agar kamu turunkan ke atas mereka sebuah kitab daripada langit. Maka sesungguhnya mereka sebelum itu telah meminta daripada Musa suatu yang lebih besar daripada itu. Mereka berkata,’Tunjukkan kepada kami Allah itu secara nyata.’ Maka (kerana itu) mereka telah disambar petir dengan sebab kezaliman mereka sendiri.’ Al-Nisa’ 153.

    Persoalan 'di mana' Allah adalah soalan yg common bagi setiap non-muslim... mereka x percaya Allah wujud kerana tak nampak, tapi percaya adanya udara walau mereka tak lihat, percaya adanya hantu walau tak pernah jumpa, percaya adanya cinta walau tak pernah sentuh.... Untuk mengenal Allah sebenarnya bukanlah dengan melalui membuka mata kepala, tetapi adalah dengan membuka mata hati.... sekadar perkongsian..

    Tq abg Korea for sharing this...!

  3. eyba: Dh namanya cerpen, x kan la ceta bena.msti dh dicampur 'garam' ngan 'gula' k brik nya nyaman nk.hahaha.tapi ada sebahagian cerpen tk ada related ngan apa yg pernah jadi kt kmk. benarlah apa yang dikata ktk ya,jom kita muhasabah blit.dakwah teori ya mmg x dapat dicompare ngan dakwah praktikal. bila kta dh di lapangan dakwah ya,tyme brk diuji benar2 kefahaman kita pasal Islam.

    Shamiel: nang mantap la hujah org SMKA tk. kmk nangga hujah tk lebih sesuai untuk orang Islam lebih kenal ngan Allah. Cumanya, bila berdialog ngan yang non-muslim, dari pengalaman personal kmk, hujah tentang existence of Allah tk salunya kta x pat mbik direct dari Al-Quran sebab cdak menolaknya direct seperti kta menolak hujah dari kitab suci cdak cam bible,veda or tripitaka. Penjelasan menggunakan "Existence Test of God" ya mungkin lebih sesuai.

  4. Sik, comment dia atas bukannya hujah utk org non-muslim, sekadar hujah terhadap kebenaran al-Quran yang menceritakan sikap org kafir...

    Anyway, kmk rasa al-Quran tetap salah satu hujah utk cdak sebagaimana sirah Rasulullah saw, bukankah Sydina Umar memeluk Islam kerana ayat al-Quran dari Surah Taha, kemudian yg latest, Ruben@ Abu Bakar seorang Muallaf yg memeluk Islam melalui surah Ali Imran ayat 190-191, kisahnya diceritakan di video dekat link dibawah
    http://www.youtube.com/watch?v=Vlrb1rOT36o&feature=player_embedded#at=268

    Bahkan, menurut ajaran agama islam juga, Al-Quran mempunyai sifat-sifat yang agung. Antara sifat yang dimaksudkan iaitu, an-Nuur yang membawa maksud iaitu cahaya yang menerangi kegelapan, al-Mubiin bermaksud menerangkan sesuatu, al-Huda bermaksud petunjuk dan ar-Rahmah yang membawa maksud iaitu kerahmatan.

    Harap bagi respond kalau kamek tersilap.... ^^

  5. Sebenarnya apa yang kmk tulis ya adalah berdasarkan pengalaman kmk kdrik berdialog di rumah wakil speaker hindu & christian thn lpas.

    Kmk tnyk cdak psal pendapat kesahihan Al-Quran. & memang cdak menafikan AL-Quran camne kita menolak kitab suci cdak.

    Dan apabila brhujah bab existence of god tk, selalunya speaker2 interfaith Islam yang kmk kenal akan lebih cendurung kepada penggunaan logik dan teori untuk brik penerangan. Dan lebih best gik bila cdak terangkan bab existence of god tk dari pandang sisi kitab2 suci agama lain. Sebab bila kita berdialog ngan yg non-muslim, tendency utk cdak cayak ngan kitab cdak kdirik ya adalah jauh lebih tinggi daripada cdak cayak ngan AL-Quran.

    Apa-apa pun, apa yang dikata ktk ya mmg ada benarnya. Rame non-muslim yang masuk Islam sebab terkesan dengan ayat Al-Quran yg cdak baca.

    kmk nangga ktk cam minat jwk ngan bab2 interfaith tk. kalau ada peluang,try carik2 kursus interfaith. mungkin ktk blh jadi 'ahmad deedat sarawak' in the future.hehe :)

  6. oh i see,,

    hehe... supan kmk mok jd ahmad deedat x cukup ilmu gk tok....

    kmk bruk twuk perkataan supan= malu

  7. haha.sbb x cukup ilmu ya la kta kenak cukupkan ilmu. :)

  8. 1st time baca soalan yg nya tanyak ya akh, ana dah tergerak tangan mk tampar budak pakistan ya.

    igt sik kisah ya? klw anta gk igt, perumpamaan kewujudan sakit kenak tampar tek blh kita gunakan utk jawab soalan tek :)

    xplu urey panjang. ana rasa anta tauk kisah ya :) tp seyes, klw ana, ana dah tampar dh. tp sikboh la kuat gilak :)

    wallahu'alam

  9. owh.ingat2.analogi kewujudan kesakitan yang x zahir, tapi ada.

    kadang2 ilmu ya kta ada, tapi sebab bila kta sendirik yg berada dlm situasi ya,mmg jauh beza la akh. mungkin ana blh tulis macam2 kt blog tk pasal Islam,dakwah,tarbiyah & lain2, tapi di lapangan dakwah ya mmg teruji apa yg kita dh pdh atau tulis.

    analogi mudah, mungkin kta blh bunuh beratus-ratus dlm game CS atau call of duty, tapi coba kita gi berperang kt palestin nun.sama x? :)

    dan orang pakistan yang ana padah ya dlm ceta ya mmg kawan ana pun. salu nemu tyme solat. & nya adalah hafiz :)

    sbb ya ana x marah pun bila nya padah gya. ana optimis yg kawan ana tk memandang kepada maslahat yang lebih besar sebenarnya dalam berdakwah.

  10. haa, that's it :)

    bena kata anta, bila di lapangan sebenar, kita sik lebih kedak orang yang sik tauk apa-apa :) kita selalu bercakap fasal menterjemahkan ilmu kepada amalan (ie : ilmu berdakwah), tapi bila tuntutan dah ada di depan mata, kita kaku.

    ana penah ber'dialog' dgn kawan2 kita di asrama kolej dolok. byk juak yg ditanyak n dijawab pa indah.tp, yg ditanyak kt anta ya blm pnah ditanyak kt ana :)

    secebis peringatan yg baik akh :)