Detik yang Baru

Assalamualaikum w.b.t

Rasa-rasa nya kan, dah berdebu, berkarat, berlumut, dan yang seangkatan nya dah blog ana ni dibiarkan begitu sahaja terbiar keseorangan tanpa update.


*sekadar gambar hiasan*

Oleh sebab itu ana telah membuat keputusan untuk men'delete' post2 lama yg telah berkarat ini untuk memberi nafas baru pada blog ni.


Apabila kita hendak memulakan sesuatu yang baru, kena lh ada suatu visi & misi atau objektif yang hendak kita capai. Ana sebenar nya di bangku sekolah dahulu tidak mengerti pun apa tujuan wujud nya visi & misi. Ana hanya tahu "owh, ini Visi sekolah","owh, ini Visi persatuan kita". Sekadar menghafal visi itu atas arahan pihak atasan sekolah tanpa mendalami apa yang hendak dicapai. Jahil sungguh kn ana ni??

Tapi, alhamdulillah, apabila ana dah menjejak kaki di universiti, ana mula untuk merasa hidup berorganisasi. Banyak pengalaman-pengalaman yang dikutip menjadikan ana lebih matang dari segi pemikiran. Dan antara benda yang ana dapat ialah tentang fungsi visi & misi atau objektif sesebuah organisasi itu. Dengan ada nya objektif, dapat lh kita merangka, merancang, atau berstrategi untuk mencapai objektif itu.

Begitu juga dengan kita sebagai hamba Allah ni, kena lh ada objektif dalam hidup kita. Hidup ni kena ada tujuan. Adakah kita hendak menjadi orang yg biasa sahaja? Adakah kita ingin hidup mengikut telunjuk syaitan? Adakah kita ingin menjadikan hiburan duniawi ini sebagai cara hidup kita? atau kita menjadikan redha Allah itu sebagai matlamat utama yg seutamanya dalam hidup ini? Terima kasih kepada Abg Syukrani(Senior ana di UTP) kerana mengingatkan ana tentang perkara yang cukup asas ini kepada seorang bergelar muslim untuk mengetahuinya.

"Hidup tanpa tujuan boleh diibaratkan manusia yang hidup bebas,namun sesat di bumi yang nyata"

p/s:InsyaAllah blog ini akan beroleh wajah baru x lama lgi.

0 comments :: Detik yang Baru