Wajah Baru

Jam kini 0530 pagi.

Nampaknya ana tak dapat melelapkan mata sekali lagi pada malam ni. Kalau lelap sekarang, alamatnya subuh gajah le nanti. Jadi ana kena tunggu azan subuh yang akan berkumandang tak lama lagi.

Haa..blog ana kini sudah pun bertransformasi! Setelah beberapa jam mencari template yang sesuai, ini lh hasilnya.Alhamdullilah,siap juga akhirnya..

Sebelum ana bersiap nak gi masjid ana ingin berkongsi sebuah hadis;

"Dari Abu Hurairah r.a, beliau berkata bahawa Rasulullah telah bersabda:
Jika mereka mengetahui tentang pahala yang terdapat pada solat Isyak dan Subuh, pasti mereka akan hadir berjemaah pada kedua-dua waktu solat itu sekalipun dalam keadaan merangkak."

Wallahualam

0 comments :: Wajah Baru