Bahagiakah kamu?

Paradise!

*Adakah kemewahan itu pengukur bahagia?*

"Ahhh, semuanya tak kena! Bengang betul aku kat minah tu. Penat-penat aku tackle, dia boleh pula cari balak lain.", runggut Zaman.

"Kenapa Allah buat aku begini. Kenapa aku juga yang mesti menjadi mangsa. Bukankah ramai lagi manusia-manusia di luar sana. Kenapa mesti aku juga yang ditimpa susah!!?", bentak Adam penuh emosi.

"Mana mungkin si Fulan tu dah berubah. Perangai dia tu memang hantu dari dulu lagi. Aku memang kenal betul dia dari sekolah rendah. Aku tak percaya si Fulan tu dah jadi ustaz. Entah-entah ajaran sesat!" luah Fuad dengan perasaan penuh hasad pada sahabat-sahabatnya yang lain.

Maka kita lihat, ketiga-tiganya ada masalah tersendiri.

Zaman dengan masalah couplenya.

Adam dengan masalah tidak dapat menerima hakikat.

Fuad pula dengan masalah dengki dan cemburu dengan sahabatnya yang telah berjaya.

Walaupun kelihatan setiap masalah berlainan, hakikatnya mereka berkongsi perkara yang sama. Mereka tidak bahagia.

Ya,mereka tidak bahagia. Hati mereka sentiasa resah dan gelisah. Resah dengan masalah yang menimpa. Gelisah mencari jalan keluar. Hati mereka sentiasa tidak tenang. Ada sahaja yang menganggu. Susah sekali untuk mereka mendapat ketenangan. Walhal, ketenangan itulah kunci kepada kebahagiaan. Dan kebahagiaan itu kita semua inginkannya.

Persoalannya sekarang, kenapa tidak bahagia?

Saya bagi dua situasi.

Raihan ada segalanya. Rumah sudah besar macam stadium bola sepak. Kereta mewah bertukar ganti setiap bulan. Duit bukan menjadi masalah baginya. Syarikat pun antara yang terkaya di Asia. Tetapi, hidupnya sentiasa serabut. Hatinya selalu gusar akan masalah. Hendak melihat wajahnya senyum pun susah, apatah lagi ketawa.

Nazri pula hidupnya biasa sahaja. Rumahnya hanyalah pondok kayu di hujung kampung yang kian usang. Keretanya pula hanya sebuah Kancil bekas peninggalan ayahnya. Gajinya cukup-cukup sahaja untuk menyara diri. Tetapi, hidup Nazri sentiasa bahagia. Riak mukanya kerap tersenyum selalu sehingga orang sekeliling pun pelik, apa yang membuat Nazri begitu bahagia sekali?

Pelik bukan?

Raihan punya segalanya, rumah besar, kereta besar,syarikat besar. Tapi tak juga bahagia.

Nazri pula hidupnya cukup-cukup makan sahaja. Tapi boleh pula berbahagia dengan hanya berbekalkan keperluan yang ala kadar.

Adakah kekayaan menjadi punca tidak bahagia?

Atau kemiskinan itu menjamin kebahagiaan?

Maka jawapan kepada persoalan ini hanyalah satu, iaitu hanya Allah S.W.T pemberi ketenangan pada hati hamba-hambanya. Miskin kaya bukan persoalannya.

Hanya Allah yang mampu menghilang kegelisahan di hati.

Hanya Allah yang boleh memberi ketenangan.

Hanya Allah yang dapat memberi bahagia.

Jumpalah mana-mana pakar kaunseling mahupun doktor-doktor pakar untuk mendapat ketenangan, pasti tiada ubat yang mujarab untuknya melainkan dengan izin Allah.

Bagaimana hendak dapat bahagia?

Mudah. Berimanlah kalian kepada Allah S.W.T.

Bagaimana hendak beriman?

Hiduplah kita berlandaskan syariat. Tinggalkan yang mungkar.

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah setan. Sungguh ia musuh yang nyata bagimu.(Al-Baqarah, Ayat 208)

Selagi hidup kita berlandaskan arus jahilliyah, mengambil Islam hanya sebahagian yang kita suka, maka kebahagiaan itu adalah jauh.

Ingin saya kongsikan sepotong hadis di sini,

“Sungguh ajaib keadaan orang beriman, sesungguhnya semua urusan mereka berada dalam keadaan baik. Dan tiada yang memperolehi keadaan ini melainkan orang yang beriman sahaja. Sekiranya dia dianugerahkan sesuatu, dia bersyukur. Maka jadilah anugerah itu baik untuknya. Sekiranya dia ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu baik untuknya” (Hadith riwayat Muslim)

Itulah dia perbezaan orang Islam dengan orang yang beriman. Hanya yang beriman dapat menerima baik keadaan hidup mereka walau apa pun keadaannya. Segala apa yang Allah S.W.T takdirkan padanya, itulah terbaik baginya. Allah beri nikmat yang melimpah ruah tidak menjadikannya riak atau takbur. Allah bagi musibah tidak menjadikan dia kecewa, malah ia menjadi pengukuh iman untuk dirinya.

Beringatlah kita, hanya yang beriman itu mendapat bahagia.

Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka keberkatan-keberkatan dari langit dan bumi”. (Al-A’raf, 96).

p/s: Baked macaroni cheese saya hampir berjaya. ^^

p/s2: Kem motivasi di SMK Suai coming up next week. =)

5 comments :: Bahagiakah kamu?

  1. Ketenangan kunci kebahagian...
    Dgn mengingati Allah swt...hati menjadi tenang (^_^)

  2. Yup. 10 markah untuk anda. ^^
    satu soalan, camne intern? bahagia? hehe

  3. tu gmbor kasino yg msuk discovery channel kn??

  4. kasino?ummm, x pasti r. kalau x silap tu hotel. sbb hari tu x sempat nk gi sana. cuba tanya kt mr google. ^^

  5. kasino?umm, x pasti r zaidi. sbb x sempat nak gi situ. cube tnye kt mr google.=P