Melatih Ikhlas

Something is Wrong
*Mempersoal keikhlasan diri; Adakah ikhlas diri ini beramal?*

"Sungguh, aku ikhlas ni. Buat nak dapat redha Allah."

Ahh, begitu mudah sekali lafaz ikhlas itu disebut. Sesiapapun pun boleh berkata begitu.

Hakikatnya, begitu sukar manifestasi ikhlas itu.

Dalam banyak-banyak amalan kita selama ini, rasa-rasanya berapa banyak yang kita buat betul-betul sebab hendak redha Allah?

Selalu sahaja niat untuk beramal itu sejahtera pada permulaannya.

"Aku tolong dia sebab nak redha Allah ni."

Dalam perjalanan dengan niat suci murni hendak membantu sahabat tadi, pasti, memang pasti syaitan akan berbisik.

Berbisik mempersoalkan niat kita.

"Tolong sahabat kau tu betul-betul, kasihan dia. Nanti pasti dia balas kebaikan kau." bisik si syaitan penuh licik.

Maka percayalah kita kepada tipu daya syaitan tadi.

Daripada niat yang tulus itu, berubahlah ia kepada kepentingan diri.

Dengan berbekalkan harapan sahabat yang kita tolong tadi, dia pasti akan membalas kebaikan kita untuk kepentingan diri kita.

Tidak kiralah kita mengharapkan penghormatan, pangkat, wang ringgit, kebijaksanaan, mahupun kebaikan daripada sahabat kita, semua itu adalah untuk kepentingan diri kita.

Lihat sahaja nanti, andai kata kebaikan*tidak kisah sama ada kebaikan itu dalam bentuk bantuan membuat assignment, tumpang kereta, dan lain-lain* daripada sahabat kita yang kita nanti-nantikan daripada sahabat tadi setelah penat-penat menolongnya, tetapi langsung tidak dibalas.

Saat itu, hati mula gelisah, mula memberontak, meronta-ronta mengharapkan amal kita dibalas dengan kebaikan oleh sahabat kita tadi. Rasa marah pun mula timbul.

"Teruk betul minah tu, aku dah ikhlas tolong dia, aku mintak tolong buat assignment pun tak boleh."

"Jangan harap la aku nak tolong dia lagi, aku ikhlas tolong dia, bagi tumpang kereta pun tak boleh."

Persoalannya, di manakah ikhlas kita di saat itu?

Hilang dan habis.

Ditelan kepentingan diri.

Ikhlas itu hanya sekadar meniti di bibir, tidak meresap di hati.

Maka ikhlas itu perlu dilatih.


The Agony
*Gelisah amal tidak berbalas.Ikhlas diri ini beramal?*

Pernah terjadi suatu ketika sahabat saya meminta bantuan.

"Salam. Nak minta tolong boleh? Boleh bagi idea macam mana kita nak selesaikan masalah ni? " Tanya seorang sahabat dalam kiriman SMS nya kepada saya.

Tanpa teragak-agak, saya terus membalas SMS tadi dengan dengan segala penyelesaian dan pengalaman yang saya tahu dengan harapan dapat menyelesaikan masalah sahabat saya tadi.

Setelah segala idea dan solusi yang diberikan, saya tidak menerima response kembali daripada sahabat saya tadi. Saya cuba berhusnu zhon*bersangka baik* mungkin dia agak buzy. Tapi hati saya tetap mengatakan tidak.

Saya cukup sensitif apabila tidak mendapat response atau feedback.

Sungguh, terasa usaha saya untuk membantu itu sia-sia. Langsung tidak dihargai. Rasa geram dan marah mula menguasai diri.

Kalau diingatkan kembali, definisi Ikhlas itu sendiri adalah melakukan amal hanya kepada Allah, hanya untuk Allah, tiada yang lain, semata-semata untuk mendapat keredhaan Allah.

Bukan untuk redha manusia!

Ah, sungguh diri ini tidak ikhlas beramal pada saat itu. Beramal mengharapkan balasan.

Astarfirullahalazim.

Alhamdulillah, akal saya masih waras untuk berfikir. Saya cuba mengawal perasaan geram dan marah itu. Saya yakin setiap kejadian itu berlaku atas sebab sesuatu dan hikmah.

Entah macam mana pada hari kejadian, hati saya dipandu, dan terbaca mengenai 'penyakit hati'. Rupa-rupanya, inilah penyebabnya.

Terima kasih sahabat kerana tidak me'reply'.=)

p/s: Dalam proses belajar untuk multi tasking. Managing your Ibadah + Academic + Organization + Events + Events + Events at the same time require tons of effort. Always be positive! ^^

p/s2: Alhamdulillah. Dapat 1st Job to shoot my senior convocation day this october. ^^

2 comments :: Melatih Ikhlas

  1. Terima kasih kerana menaip post ini...
    (^_^)

  2. Terima kasih kerana membaca post ini. ^^