Masa-Part 1

Assalamualaikum w.b.t

Keadaan malam ini agak suam berbanding semalam walau kipas telah pun berputar pada kelajuan maksima membuatkan fikiran ini agak cergas berfikir walaupun ana dah mengantuk sebenarnya ni.

Petang tadi selesai sahaja Solat Jumaat berjemaah di Masjid An-Nur, ana dan kawan-kawan pun bersiap-siap untuk makan & ber'photoshoot' seterusnya. Destinasi:Kellie's Castle




Dikatakan banyak cerita-cerita aneh,misteri,seram berlaku di sini. Wallahualam..

Fye!


Back to the main topic, selesai sahaja ber'photoshoot', kami pun meneruskan perjalanan kami. Memandangkan kami menggunakan 3 buah kereta pada petang tersebut,kami pun bergerak mengikut hala tuju masing-masing. Ada yang ingin meneruskan perjalanan di bumi Perak ini, ada yang ingin balik UTP dan ana mengambil keputusan untuk balik UTP. Sepanjang perjalanan balik, terjadi nya perbualan ana dengan seorang sahabat ni. Dan yang apa yang ana ingin sampaikan ialah hasil yang ana dapat daripada perbualan itu.MASA

Antara sedar atau tidak,ana kini terfikir,bagaimanakah sebenarnya kita menguruskan masa kita selama ini? Dan ayat yang membuatkan ana betul-betul tersentak pada petang tu; 'buang masa jak kuar ya sik da sebab'(buang masa sahaja keluar tanpa alasan yang munasabah). Ana masih ingat lagi pesan Ustaz Dawi Cahyono,"Isi lh masa lapang dengan membaca atau menghafal al-quran & hadis", lebih kurang begitu lh ayat nya. Bila ana renung kembali,memang ada kebenarannya di sebalik ayat ni walaupun ana ni jenis yang agak suka berjalan-jalan tanpa sebab yang pasti. Mungkin ini lh kelemahan pada diri ana yang perlu diperbaiki dari semasa ke semasa.

Seperti yang kita selalu dengar, Allah S.W.T. telah berfirman dalam Surah Al-'Asr, ayat 1-3,

"Demi masa. Sungguh manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran."


Masa itu emas.
Procrastination is the thief of time.
Masa itu bagaikan pedang,jika kamu tidak menggunakan masa itu dengan sebaik nya, maka masa itu lh yang akan memotong mu.
Dan banyak lagi kata-kata yang mengingatkan kita tentang kepentingan masa ni.

Akhir kalam, ana ingin kongsikan antara kata-kata Hujjatul Islam Imam Ghazali yang cukup bermakna jika diamati sebaiknya.

"Sesiapa yang tidak besegera melakukan taubat,iaitu melambat-lambatkan taubat akan terdedah kepada dua bahaya besar: 1.Bertambah-tambah kegelapan dalam hatinya akibat dosa-dosa yang dilakukannya.Sehingga akhirnya menimbulkan karat,lantas tidak dapat dihilangkan lagi. 2. Dia ditimpa penyakit dan diragut maut secara tiba-tiba, akhirnya dia tidak mempunyai peluang lagi untuk menghapuskan dosa dan kesan dosanya"

Renung-renungkan lh wahai sahabat....

2 comments :: Masa-Part 1

  1. Oyt..gamba yg second tu senget sgt daa..hilang nilai artistik tuh~

  2. nilai artistik ialah benda yg cukup subjektif untuk dikatakan..
    ahak..
    kalau rse senget, rotate je gamba tu..haha.
    Saja je bgi gamba tu senget..
    thx for the comment...